Its kinda creepy and awkward when ur see someone pics out of nowhere,
Especialy when u are not ready at all.
Alkisahnya, sebab masalah teknikal, aku bertukar dari toilet yang selalu aku gunakan,
dan pada malamnya dalam keadaan mamai aku pergi ke toilet,
selepas selesai , on da way nak balik aku pandang kiri,
Opocot mak kau, terus aku tersandar ke tepi dinding,
terkejut sebab nampak gambar muka seorang member aku ni dengan senyuman penuh ,
bayangkan kalau waktu malam, dengan senyuman macam tu,
memang mengerikan, sampai sejuk satu badan.....
Sudahlah gambar tu memang nampak muka kan,
Dan semenjak malam tu aku tukar laluan jalan sebabnya,
Tak nak lagi kena kejut dengan benda yang sama,
Seriously, aku rasa macam nak buat kerja amal je,
Tolong cabutkan gambar yang melekat dengan pintu bilik ni,
Tapi takut pula, memang tuan bilik sengaja biarkan gambar tu,
Yolah, buat kenangan katanya...
Aku bukanlah kisah sangat sebenarnya,
Biarlah pun gambar tue,
Tapi kadangkala rasa awkward pula
Lagi2 nak lalu depan bilik tu,
Biasalah kadang, lepas mandi, semua orang seksi2 belaka,
Dan disebabkan orang dalam gambar tu member yang aku kenal,
Tak dapat tidak ada rasa awkward tu
Anyway, aku rasa semua orang harus be responsible
sama ada mereka yang menjalankan kempen/program dan termasuklah tuan punya bilik
kalau ada masih poster melekat dekat pintu bilik,(tak kita poster apapun)
kalau sudah lepas due date nya, cabutlah
bukannya apa, macam mencacatkan pemandangan
dengan kertas lekat sana sini
dan pada tukang menjalankan kempen/program
bila sudah lepas waktu, kemaskanlah apa yang patut
takkanlah nak harapkan mak cik cleaner cabut segala bendayang awak dah tampal tu
Ulasan
Catat Ulasan