Langkau ke kandungan utama

WAHAI KAU LELAKIKU


wahai kau lelakiku
aku tak perlukan hamparan emas
buat perbaringanku
cukuplah bagiku
lena di dalam dakapanmu 
pada tiap malam berlalu

wahai kau lelakiku
aku tak perlukan tenagamu
untuk membantuku merapikan rumah
cukuplah bagiku 
lafaz "aku cinta kamu"
di setiap pagi hari
saatku sedar dari lena yang damai

wahai kau lelakiku
aku takkan pernah
ingin merebut sayangmu buat si bunda
cukuplah bagiku
kucupan mesra darimu 
saat mata ingin beradu
untuk lena yang panjang

wahai kau lelakiku
aku takkan pernah
melarang kamu keluar
bersama teman2mu setiap malam
cukuplah bagiku
hujung minggu milik kita berdua

wahai kau lelakiku
ini sahaja yang aku bisa berikan
kerna aku wanitamu
yang akan selalu mencintaimu
yang akan selalu setia padamu
dan yang akan selalu ada untukmu


nukilan ermahida (20122013)

Ulasan