Langkau ke kandungan utama

CORETAN IKHLAS AWEK SPANAR : MONOLOG AWEK SPANAR


jujur tak sangka
akan ada yang terbaca entri kecil di blog ini
dan lebih tak disangka
bila ada yang dengan rela 
berkongsi luahan picisan ini
di twitter dan page mereka

hanyalah sekadar permulaan kisah seorang awek spanar
yang pada mulanya memang sukar untuk melangkah
yang pada awalnya seakan tak mampu untuk bertahan
tetapi
atas wujudnya mereka
sebab adanya mereka
buat saya masih kekal di sini
buat saya gembira melalui hari2 yang serabut
dengan segala tugasan yang pelu dibuat
dengan segala equation yang berselirat

walau payahnya jadi bunga sekuntum
namun ada hikmah di sebalik semuanya
benarlah janji ALLAH
there will always verily after each difficulty
nikmat menjadi bunga sekuntum
tak akan pernah ada yang tahu
walau kadangkala ramai yang melahirkan simpati
kerana mereka melihat aku keseorangan
tapi sebenarnya TIDAK
semuanya akan terjawab dalam entri yang akan datang
betapa seronoknya menjadi 
sekuntum bunga dalam taman penuh kumbang

by the way,
kalau ada yang menyampah atau terasa sampah
maaf dipinta
entri ini milik sepenuhnya
tuan punya entri
setiap kata dan entri
luahan rasa peribadi
terserah anda untuk menginterprate segalanya
saya tidak memaksa anda untuk membaca
dan anda tidak perlu rasa terpaksa untuk terasa

Ulasan