perjalanan yang ditempuh bukanlah sekejap
perjalanan yang ditempuh bukanlah mudah
tidak tahu sama ada kami dikira bernasib baik atau tidak
kami diletakkan di dalam van
jujurnya, agak selesa kerana sedikitnya bilangan yang naik
membolehkan aku berlatih sendirian
dan mencari ilham membuat pantun persediaan
mana tahu kami dapat melepasi pusingan kelayakan
cuma agak ralat kerana seorang teammate
ditempatkan didalam bas dan bukan bersama kami
molek kiranya untuk masa hadapan
kami diletakkan di dalam kenderaan yang sama
jadi bolehlah masa yang panjang digunakan sebaiknya
untuk lebih mengenali antara satu sama lain
untuk lebih mengeratkan lagi keserasian antara kami
jujur ada antara kami yang masih malu dan segan antara satu sama lain
dari transkrian ke kota bharu
perjalanan kami merentas empat negeri
pulau pinang-kedah-perak dan akhirnya kelantan
dalam perjalanan kami singgah sebentar merehatkan diri
menunaikan solat asar
kenderaan juga perlu berehat
untuk mengisi tangki minyak yang hampir kering
dan aku juga sempat membeli goreng-gorengan
sebagai alas perut dalam perjalanan
kenderaan kami agak meriah
gelagat tiga jejaka yang menghiburkan mengisi suasana
dalam kenderaan kami
pelbagai kerenah mereka walaupun letih dilayan
tetapi menghiburkan hati yang gelisah
berdebar menunggu hari esok yang akan menyaksikan
pelbagai kenangan dan sejarah dicipta
setelah menempuh perjalanan panjang hampir 8 jam
akhirnya kami tiba ke kampus kesihatan kota bharu
sampai ke destinasi pula
pelbagai kerenah, gelagat dan situasi
datang menguji kesabaran
dan jujur malam itu
air mata ini mengalir kerana pelbagai sebab
situasi yang terjadi memang aku mengerti
kadangkala tidak dapat dielak
tetapi sekadar luahan dan pesanan buat bakal2
adik-adik yang akan memimpin
jangan gelabah
sebab kalau anda gelabah
semua peserta yang anda uruskan pun akan gelabah
berfikir dulu sebelum bertindak
pastikan dahulu semuanya
pastikan di mana tempat penginapan sebelum anda menurunkan perserta
kesian mereka terpaksa berulang alik membawa barang
yang bukan ringan
bukan salah mereka membawa bagasi yang berat
anda kena mengerti
kita datang ke suatu tempat yang asing
pastilah pelbagai perkara dan barang perlu dibawa
tahu kepentingan
tahu apa yang diperlukan dahulu
bukan minta diberi perhatian lebih
cuma perasaan pada malam itu amat harap
agar anda mengerti dan memahami
keadaan mental dan fizikal kami yang perlu
bersedia di awal dini hari lagi
dan rancanglah dengan teliti perjalanan kita
kita berjalan jauh
fikirkanlah dari segala aspek termasuk kebajikan peserta
bukan semuanya punya sahabat yang boleh membawa mereka keluar
membeli makanan
memang segala sesuatu program itu pasti
ada khilafnya dari pihak pengurusan
tetapi biarlah ianya sampai di sini
catatan memoir yang dikarang
sekadar nota kaki buat yang berkenaan
mana tahu ada yang sudi membaca picisan rasa ini
Ulasan
Catat Ulasan