walau bukan putera raja
biarlah putera agama
yang diimpi
biarlah tak punya rupa
asal sedap dipandang mata
yang dinilai
bukan sempurna sifat jasmani
asalkan sihat rohani sempurna hati
yang diharap
bukan jihad pada semangat
asal perjuangannya ada matlamat
yang datang
tak perlu rijal gemilang
kerana ana serikandi dengan silam yang kelam
yang dinanti
bukan lamaran dengan permata
cukuplah akad dan janji setia
dan yang akan terjadi
andai tak sama kehendak hati
ana redha ketetapan illah
itulah ketentuan sejak azali
Ulasan
Catat Ulasan