Langkau ke kandungan utama

AKU DAN BULAN



aku :
 Bulan , kenapa dari jauh aku lihat kau berseri sangat 
tapi bila aku dekati , rupanya seri itu hanya tabir kesepianmu

bulan :
karna aku tidak mahu sesiapa pun tahu akan rasa sepi di hati ini
aku mahu dipuja kerna seriku yang sering menghidupkan malam
aku tak mahu dikenang sebagai perindu yang sepi



bulan itu
cahayanya membawa senyuman buat yang mengkagumi
sinarnya buat malam kelam jadi tempat bercanda para pecinta
namanya jadi sumpah setia UDA dan DARA

bulan itu
hanya dengan melihatnya
buat tasik hati menjadi damai
buat kapal kenangan berlabuh di pelabuhan rindu

bulan itu

tetap terus di situ
teguh menghiasi dada langit
setia menjadi pautan perindu
dan terus tersenyum mendamaikan jiwa bergelora


nukilan : ermahida
140812(0345) 

Ulasan