ayah : Ayah balik nie ayah jumpa suami ibuk kamu
saya : Ahrgh ( sambil kerut kening )... Biler masa pulak kahwin ? Tak tahu pun...
adik saya : Dah lamalah.....
Salah Siapa
kalau nanti bertembung di pasar malam, supermarket atau di kenduri kahwin orang
tapi tak bertegur sapa, tak bertanya khabar
sebabnya tak kenal yang itu suami mak cik sendiri
Salah Siapa
salah yang tua yang tak memberitahu
atau salahnya yang muda tak mahu ambil tahu
Salah Siapa
kalau yang muda tidak tahu bila Pestanya
Pesta Kahwin itu tujuannya diadakan bukan untuk bermegah
tetapi sebagai satu medium mudah
sebagai satu tanda
dan sebagai pengkhabaran
bahawa pasangan tersebut telah berkahwin
dan digalakkan untuk menjemput saudara dekat dan jauh
sahabat handai, jiran tetangga
agar nanti tiada berlakunya fitnah dalam kalangan masyarakat
Salah Siapa
kalau tiada jemputan dari yang tua
kalau tiada utusan dari tanah seberang
kalau tiada panggilan mengkhabarkan
walhal walau sering dilihat mengupdate STATUS di FACEBOOK
namun tidak terlintas untuk menaip JEMPUTAN
Salah Siapa
kalau nantinya keponakan menyimpan rasa
kalau nantinya sikap terkurang ajar
kalau nantinya lidah terlebih bicara
Bukan Salahnya Siapa
Mungkin sudah aturan ILLAHI
biarlah masa jadi penentu
p/s : repekan saat mata sedang menahan kantuk yang amat berat
saat fikiran masih ligat berpusing mencari SALAH SIAPA
maaf dipinta andai ada terasa namun coretan jalanan ini perlu dicoret buat renungan masa muka
Moga kalau jodoh sudah tiba, aku takkan lupa menjemput semuanya...
Ulasan
Catat Ulasan