teman
aku tahu dan mengerti
kau begitu terseksa
dengan kehidupanmu kini
teman
usah kau lindungi sengsara itu
dengan wajah semanis gula
kerana aku benar mengerti
di sebalik tabir wajahmu
tersembunyi seribu satu macam kisah
teman
aku sentiasa disisi
memberi sokongan yang padu
usah kau ragu dalam langkahmu
kerana aku berjanji
aku sentiasa di sisimu
teman
janganlah kau berputus asa sebelum berjuang
biar mati sahabat
jangan mati semangat
itulah cabaran
yang akan menjadikan dirimu
insan berjaya
dunia dan akhirat
nukilan ermahida
6 februari 2005
bilik study aspuri seri perkasa
nukilan ini hasil waktu usia masih belum matang... waktu kosa kata masih lagi dangkal...
diinpirasikan selepas mendengar kisah2 seorang sahabat lama yang dia masih merupakan antara insan teristimewa dan insan terdekat yang pernah menghuni carta hati ini
Ulasan
Catat Ulasan