suatu ketika dahulu
ku sangka engkau
hanyalah bayangan gurauan
yang datangnya sementara
sebagai pemanis mimpi
dalam lenaku yang panjang
namun
semusim telah berlalu
kau semakin menguasai
hati ini
cinta ini
walau kadangkala
aku ragu dengan rasa sendiri
kerana adanya dua persimpangan
antara dua persimpangan
aku tak tahu yang mana
yang satu
perlukan keberanian untuk aku meluah rasa
yang satu
perlukan kesabaran untuk aku menyimpan rasa
antara dua persimpangan
aku ragu untuk mencuba
takut tidak bertemu dengan penghujung idaman
takut tidak kuat andai bertemu pondok kegagalan
kata akal
cinta itu pelemahnya rentak cita
cita bisa berdiri kukuh tanpa cinta di sisi
tingkah hati
cinta penting dalam perjuangan cita
buat peneman kala lelah bertandang
tempat bersandar bila kaki penat melangkah
lalu akal membidas bicara
cita itu sifatnya cemburu
dia perlukan perhatian sepenuhnya
cita juga perlukan pengorbanan
korban masa dan juga rasa
hati dan akal saling bertingkah
untuk memilih antara dua persimpangan
nukilan ermahida
3 jun 2012
Ulasan
Catat Ulasan