kalau saya tunangan orang, salahkah saya berbalas senyuman dengan DIA jejaka manis
kalau saya tunangan orang, salahkah saya melirik mata pada DIA aduka tampan
kalau saya tunangan orang, salahkah saya menganyam mimpi bersama DIA yang memikat kalbu
SALAH atau TIDAK
semuanya mungkin bergantung pada bagaimana orang melihat sesuatu perkara atau mungkin kalau pada saya bagaimana dengan cerita pertunangan itu sendiri
sebagaimana kita maklum dan diterapkan dalam fikiran kita semenjak usia dini lagi
pertunangan adalah langkah paling dekat menuju gerbang perkahwinan
dan lebih sesuai lagi
kalau saya simpulkan bahawa bertunang bermaksud satu kaki kita telah masuk ke alam rumah tangga
ianya satu tanda bahawa kita telah bersedia untuk menempuh alam rumah tangga
dan definisi saya ini sendiri adalah VALID hanya bagi mereka yang memang telah merancang untuk mengalami proses pertunangan itu sendiri
dimana segalanya adalah hasil keputusan mereka sendiri tanpa didorong oleh anasir2 luar
TETAPI
bagaimana pula dengan mereka yang belum bersedia
mungkin dipaksa atau diminta oleh ahli keluarga terutamanya untuk mengikat tali pertunangan
adakah SALAH atau tidak bagi mereka untuk bermain mata atau menjalin rindu dengan jejaka selain daripada tunangan mereka sendiri
pada pendapat saya sendiri
ini tidak diambil dati mana2 buku atau pandangan yang pakar sekadar luahan fikiran dan rasa di pagi dini
SALAH
kalau antara si GADIS dan bakal TUNANGANnya telah berjanji untuk masing2 memberi peluang kepada diri sendiri untuk belajar menerima diri masing2
SALAH
kalaupun si GADIS tak berjanji tetapi si TUNANGANNYA menunjukkan usaha bahawa dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat
KENAPA SALAH
pertama sebab kalau sudah saling berjanji tak manis rasanya bagi gadis tersebut memungkiri janji yang telah termeterai.. mungkir janjikan sifat orang munafik...
dan yang keduanya sebagai menghormati usaha seorang insan lain untuk mengenali diri dan ragam kita
walaupun tidak mahu paling kurang tunjukkan sedikit rasa penghargaan atas usaha dia cuba mengenali kita dengan belajar setia dan menjaga hati daripada jatuh kepada orang lain selagi kita masih bergelar tunangan orang
dan keadaan yang bagaimana pula membolehkan GADIS itu bermain mata dengan yang lain
mungkin ini hanyalah pendapat saya semata-mata tanpa merujuk dari buku ilmiah atau pandangan mereka yang pakar dalam hal ini
sekadar pandangan dan kesimpulan berdasarkan kisah2 yang saya dengari
TIDAK
kalau tiada sebarang tindak balas atau reaksi atau panggilan atau cubaan dari tunangannya
mungkin enam bulan atau setahun tidak berhubung boleh lagi dimaafkan
itupun kalau ada alasan yang kukuh dan sah
tetapi bagaimana pula kalau lebih dari itu
tanpa berita dan kepastian
pasti akan membuatkan hidup gadis itu tidak menentu memikirkannya
mungkin gadis itu telah letih menunggu sesuatu yang tidak pasti dan tidak tentu kewujudannya
dan sehingga akhirnya dia mengalah dan menyerahkan pada takdir yang menentukan
dan dalam penantiannya itu
ada kumbang lain yang merisik berita menghulur salam perkenalan
jadi bagaimanakah yang harus dilakukannya
apakah tindakan paling bijak yang perlu dilakukannya
fikir-fikirkanlah
buat mereka yang bergelar tunangan orang sama ada dengan keinginan atau tidak
fikirkanlah tindakan terbaik untuk diri anda sendiri yang mana ianya tidak akan membuat anda menyesalinya di suatu masa dalam kehidupan anda nanti
kalau padi katakan padi
tidak saya tertampi-tampi
kalau jadi katakan jadi
tidak saya ternanti-nati
Ulasan
Catat Ulasan