Langkau ke kandungan utama

PEDOMAN DARI WANITA BERKALUNGKAN SORBAN



Butir hikmah dari kisah Wanita Berkalungkan Sorban

       setiap keputusan pasti ada kesan di sebaliknya
      tinggal kita yang menentukan
      bagaimanakah cara untuk kita mengendalikan kesannya.....

            Kadangkala atau mungkin selalunya, setiap masa kita pasti akan berhadapan dengan sesuatu peristiwa atau sesuatu alasan yang memaksa kita untuk memilih antara dua cara atau mungkin persimpangan yang mungkin antara duanya punya perbezaan sama ada ketara atau tidak bergantung pada cara kita melihat dan mentafsir sesuatu perkara. Tanpa kita sedari, pada satu tahap atau dimensi lain dalam pemilihan kita akan menentukan secara tidak lansung apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Dan kadangkala keputusan yang paling kita sesali mungkin akan membuah natijahnya di masa depan. Dan seperti fitrah dunia kebanyakan keputusan yang kita buat dengan senang hati dan yakin kadangkala memberi impak negatif pada kehidupan kita di hari mendatang. Benarlah ALLAH telah berfirman: Janganlah engkau terlalu menyukai sesuatu perkara itu karna mungkin yang engkau sukai itu adalah tidak baik untukmu dan janganlah pula engkau membenci sesuatu itu karna mungkin yang engkau tidak sukai itu adalah baik bagimu. 

            Dan, buktinya sejak kebelakangan ini aku sendiri sering diuji oleh ALLAh dengan perkara-perkara yang memerlukan aku membuat keputusan antara dua pilihan. Hidup tanpa cabaran dan persimpangan pasti akan mendatar ritmanya. Kita pasti akan mudah menjangka apa yang kita akan lalui dan bagaimana untuk menghadapinya tanpa perlu memikirkan perkara lain sebagai persediaan kiranya berlaku sesuatu yang tidak kita duga. Kita juga sering menangguh perkara yang wajib kita lakukan kerana menyangka kita akan mempunyai masa untuk melakukannya. Kalau tidak hari ini, kita masih ada esok hari dan kalau tidak esok, hari-hari yang mendatang masih ada. Begitulah yang aku lakukan dan fikirkan. Kerana menyangka aku masih punya masa yang panjang aku menangguhkan masa-masa berharga untuk melakukan latihan Bola Tampar SUKAD dan natijahnya tanpa sesiapa sedari aku kini terdampar tidak bermaya di atas katil tanpa sempat aku melakukan sebarang latihan intensif bersam teman-teman seperjuanganku yang lain. Masa berharga semasa aku masih mampu melakukannya, aku mensia-siakannya kerana leka dengan arus dunia dan perkara-perkara yang tidak wajib aku lakukan.

           Kehidupan yang penuh cabaran memberi kita peluang dan ruang untuk kita lebih mengenali diri kita sendiri dan juga orang sekeliling kita. Selama ini aku menyangkakan aku mampu untuk melatih diriku agar tidak terlampau leka bermain hingga akan memudharatkan kaki yang memang sedia rapuh kedudukannya. Namun, benarlah kita hanya merancang, tapi ada yang lebih berkuasa yang telah mengaturkan semuanya terlebih dahulu. Dalam diri yang keasyikan bermain, aku terlupa seketika akan keadaan kakiku dan akhirnya aku menerima akibat atas kealpaanku untuk menjaga diriku sendiri. Kadangkala, masalah yang kita hadapi akan membawa seribu pengajaran kepada kita. Dalam kesakitan yang aku alami, aku menyedari betapa pentingnya kita menjaga hubungan yang baik antara kita sesama sahabat. Pada waktu inilah, kita akan dapat menilai siapa sahabat dan siapa yang hanya sekadar rakan kenalan.

            Dalam kesedihan meraungi nasib diri, aku dikejutkan pula dengan berita mengenai seorang sahabat yang didatangkan ujian ALLAH melalu laman BUKAMUKU. Aku masih bersyukur kerana aku masih mampu berjalan walaupun begitu payah untuk ku langkahkan kaki ini, namun sahabatku itu masih terbaring tidak bermaya di atas katil ICU kesan dari pelanggaran yang dialaminya. Semoga dia dan keluarganya akan terus tabah dan kuat denga dugaan ALLAH ini. Ketidakdayaanku menyulitkan aku untuk pergi melawatnya, namun hanya titipan doa ikhlas agar dia segera sedar dan sembuh seperti sediakala. AMINNNNN….




Ulasan