kadangkala dapatku rasakan yang aku sudah tahu apa jawapannya.
ya, jawapan kepada persoalan hatiku ini...
jawapan yang telah lama ingin ku tahu
namun sedaya mungkin aku cuba untuk menafikannya
aku takut kalau jawapan itu bukanlah yang sebenarnya
jawapan kepada persoalan
sipakah yang selama ini aku nantikan
sipakah yang selama ini telah menghuni hatiku ini
siapakah yang selama ini menyimpan kunci untuk masuk kedalam hati ini
dulu..... ku kira
dia yang menyimpan kunci ini
membuat aku tidak pernah memandang orang lain
membuat hatiku keras
yang membuat aku sentiasa tercari bayangnya
sentiasa merindukan kehadirannya
kemudian
kerana taksub dengan cintanya yang tak pernah aku sentuh
buat aku tidak pernah memandang yang lain
ah,,, itupun kalau ada yang sudi memandangku.....
dia..... cinta pertamaku
dia..... yang berjaya membuat hatiku berdegup lebih laju
dia.... yang sering membuat aku salah tingkah
dia....yang berjaya membuatkan aku senyum sepanjang hari
dia....yang berjaya masuk kedalam hatiku ketika itu
dia.... insan pertama yang berjaya membuat aku sentiasa mencari bayangnya
tak aku nafikan namanya masih lagi di dalam hati
tak aku nafikan namanya masih segar di mulutkku
segala kenangan bersamanya
walau sedikit
membuatkan aku kadangkala merintih kesedihan
dimanakah ingin ku luahkan perasaan cintaku ini
dimanakah ingin ku hamburkan segala kasihku
aku juga ingin seperti sahabat yang lain
meluangkan masa bersama yang tersayang
menghabiskan waktu berkasih-kasihan
namun aku tak mampu
kenangan semalam bersamanya
menahan aku dari melakukan semua itu
Ya tuhanku
apakah yang perlu aku lakukan sekarang
apakah yang mampu aku lakukan
perlukah aku mencarinya kembali
meminta maaf atas kesilapanku yang dulu
lalu menghulurkan utaian kasih ini
dengan harapan dia menyambutnya
aku keliru
aku bingung
apakah yang sepatutnya aku lakukan.........
Ulasan
Catat Ulasan