Suatu ketika dahulu
pintu hati ini pernah disapa
dengan khabar cinta dari si jejaka impian
namun dengan angkuh
ku biarkan khabar itu berlalu
suatu ketika dahulu
dia sering menjeling manja padaku
namun dengan angkuh
ku biarkan jelingannya sampai di situ
walau kadangkala
tika pandangan mata ini bertaut
antara aku dan dia
hatiku berdetak laju
memainkan irama indah
suatu ketika dahulu
dia sering betanya khabar
dia sering bergurau senda
ada sahaja tingkahnya yang menarik hati
namun kerna silapku
dia menjauh diri
membawa hatiku bersamanya
kini
pintu hati ini pernah disapa
dengan khabar cinta dari si jejaka impian
namun dengan angkuh
ku biarkan khabar itu berlalu
suatu ketika dahulu
dia sering menjeling manja padaku
namun dengan angkuh
ku biarkan jelingannya sampai di situ
walau kadangkala
tika pandangan mata ini bertaut
antara aku dan dia
hatiku berdetak laju
memainkan irama indah
suatu ketika dahulu
dia sering betanya khabar
dia sering bergurau senda
ada sahaja tingkahnya yang menarik hati
namun kerna silapku
dia menjauh diri
membawa hatiku bersamanya
kini
aku sering tertanya
aku sering bermenung
mengapa hatiku seakan kosong
mengapa hati ini
telah lama tidak mendendangkan irama indah
mungkinkah
kerna hatiku bukan milikku lagi
mungkin kerna hati ini
telah lama dicuri si dia
tanpa ku sedari
mengapa hatiku seakan kosong
mengapa hati ini
telah lama tidak mendendangkan irama indah
mungkinkah
kerna hatiku bukan milikku lagi
mungkin kerna hati ini
telah lama dicuri si dia
tanpa ku sedari
sapaannya??
BalasPadamhehe
hehehehhehehehehe..........
BalasPadamhanya luahanlah........
tak ditujukan buat saper2pun....