Langkau ke kandungan utama

UBAT SAYA DAH PERGI...

artikel nih aku copy and paste dari ruangan borak Pak NIl di Mymetro......

Ubat saya sudah pergi

ASSALAMUALAIKUM! Paknil yakin pasti ramai tahu apa yang ingin Paknil borakkan dalam ruangan minggu ini kalau bukan cerita mengenai Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi. Paknil percaya ramai rakyat Malaysia merasa kehilangan pelawak serba hebat dan penyampai radio yang ligat setiap pagi bersama Paknil di Riuh Pagi Era.


Kita akan merindui lawak merapu dan gila-gilanya sebab bagi Paknil, Din seorang saja yang boleh melakukan itu.


Setiap pagi Isnin hingga Jumaat, Paknil pasti berderai tawa terbahak-bahak sebab Din Beramboi membuat lawak yang terbit secara spontan dan luhur dari hatinya.


Bila itu terjadi, Din Beramboi akan berlawak dengan gaya sekali sedangkan kami hanya di radio! Siapa yang nampak gerak gaya Din bila lawaknya ke udara, tetapi itulah Din Beramboi. Dia memang bersungguh-sungguh bila melakukan kerja yang digemarinya.

Din, siap nak bawa sarapan?

Din sering bertanya sama ada Paknil akan berpuasa pada keesokan harinya kerana dia sentiasa nak bawa sarapan pagi untuk Paknil. Bila Paknil tak puasa, pasti ada satu bekas penuh kuih lopes yang dibawanya dari rumah.


Dia cakap, orang tua macam Paknil memang suka makan kuih ‘old school’! Dia kata orang muda macam dia cuma makan sandwich dan chicken pie!

Paknil sering usik Din dengan perkataan ‘Cur Cur Mak’. Kalau nak tahu, sebelum masuk konti radio awal pagi, selalunya Din kata, dia tak mahu sarapan sangat sebab nak diet tapi Paknil kata: “Sudahlah! Mesti dah Cur Cur Mak sebelum ini.”

Din sebenarnya mesti singgah di kedai mamak berdekatan Astro sebelum mulakan pagi untuk makan. Cur Cur Mak tu maknanya Curi Curi Makan!

Din, kenapa biar aku buat kerja seorang sekarang?

Pernah ada satu ketika Din terlewat ke konti radio sebab terlewat bangun. Bayangkan dia pecut kereta dari rumahnya di Rawang ke Astro dan sempat juga mendengar Paknil ke udara seorang diri di Riuh Pagi Era.

Sampai di studio, dia tahu Paknil bengang ketika itu tapi dia cakap dia sedih bila dengar Paknil kerja ‘sorang’ sebab dia kata macam tak meriah di udara. Jadi dia minta maaf sangat sebab terlewat dan berjanji untuk tidak lewat lagi selepas itu.


Sememangnya Din tidak pernah lewat lagi, malah kerap pula dia tiba lebih awal daripada Paknil.


Din, sekarang kau dah tak ada. Kalau kau dengar aku sorang-sorang di radio mungkin dah tak meriah kan? Aku pun tak tahu sama ada aku nak teruskan atau tidak kerja ini.


Bayangan kau terlalu kuat di sebelah aku, jadi aku rasa seperti tidak akan dapat bangun seperti dulu lagi!

Din, pilih tempatlah untuk melawak!

Sebagai abang, Paknil pernah juga menegur perangai Din yang suka melawak tidak bertempat. Pernah ketika Paknil mengendalikan segmen Merisik Khabar, Paknil tersentuh dengan cerita pemanggil sehingga menitiskan air mata.


Din yang ada di depan Paknil ketika itu ketawa melihat Paknil yang tersedu-sedu. Hangat juga hati ketika itu apabila Din cuba membuat lawak, sedangkan kami berbual mengenai sesuatu yang menyayat hati.

Paknil tegur dia: “Din, kau boleh tak pilih masa dan tempat untuk berlawak?” Jawapan Din benar-benar menginsafkan Paknil. Katanya: “Kalau menangis boleh selesaikan masalah orang itu, dia pun akan menangis sekali. Muka sedih dan menangis bukan boleh selesaikan masalah.”

Din memang ingin jadi ubat kepada wajah sedih orang. Dia nak orang senyum gembira saja. Dia memang akan memanggil Paknil sebagai orang yang cengeng dan sebab itu dalam Raja Lawak ada ketika dia tegur Bob Lokman yang berair mata ketawa sama seperti buruknya Paknil menangis.


Sekarang dia pasti nampak betapa buruknya muka Paknil menangisi pemergiannya.

Din, kau nak cuti panjang kan?

Sememang Paknil kena ambil cuti panjang dalam minggu ini untuk menyempurnakan rakaman Jangan Lupa Lirik. Din Beramboi adalah orang yang sangat suka bila Paknil minta cuti daripada Era kerana dia tahu kalau Paknil cuti, dia pasti cuti juga.


Dia cakap: “Aku untung tak payah pergi mengadap minta cuti sebab kau yang pergi mengadap. Bila kau cuti, aku pun cuti jugak.”

Paling akan Paknil ingat apabila Din akan ‘countdown’ kiraan hari menjelang tarikh kami bercuti setiap hari tanpa gagal. Sekarang kau pula yang cuti panjang.

Din Mr Sengal?

Din suka juga bagi gelaran pada kami di Era. Macam-macam nama yang dia cipta untuk orang yang dia usik.


Penerbit Riuh Pagi Era, Azizan dipanggilnya KURUS atau kadangkala dipanggil KURSUS. Ada yang digelar Ciputlah, Bruce Leelah, Dharmalah, Pen Drivelah dan macam-macam lagi.


Gelaran itu semua muncul secara spontan dan Din juga biasanya memanggil orang itu secara depan-depan. Mereka yang dipanggil itu pula tidak ambil hati kerana faham sangat perangainya.


Tiba-tiba masa Paknil bekerja sendiri ketika Din tenat, Paknil terima panggilan daripada pendengar Era yang menggelarkan Din sebagai Mr Sengal.


Katanya: “Bangunlah Mr Sengal ku. Pagi ku tidak sama lagi tanpa kehadiran Mr Sengal yang selalu buat lawak sengal! Bangunlah please…!” Kini Mr Sengal dah jadi Mr Senyap.

Suka hantar SMS yang mengarut

Paknil memang tidak suka ber‘SMS’ dengan Din sebab dia suka hantar SMS yang entah apa-apa. Pernah Paknil hantar SMS kepada Din tanya kenapa dia nak Alex Raja Lawak gantikan dia bila dia tidak ada di Era lagi? Din jawab: “Sebab dia tak tahu nak komen apa untuk Alex yang memang best!”

Baru-baru ini masa dia sakit, Paknil ada hantar SMS pada Din. Paknil cakap: “Din, cepatlah baik demam. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang.”

Nak tahu apa yang Din jawab pada Paknil?

“Bukan sakit tapi rasa nak mati. Semua dah rasa kebas. Tu tanda-tanda nak mati lah.”

Din, aku rindukan engkau

Mungkin ini tidak pernah Paknil ucapkan pada Din sebab memang tak pernah rindukan dia, tapi kini setelah Din tiada, baru Paknil seperti terdengar bunyi ketawanya, bunyi batuknya, bunyi dengkurnya (kadangkala dia terlelap juga dalam konti... hehehe).


Paknil pun tak tahu apa makna Riuh Pagi di Era lagi sebab Paknil tidak pasti sama ada akan adakah lagi riuh itu apabila Din sudah tiada. Paknil tidak akan mampu menjalani tugas di konti sebab di setiap sudut Paknil akan terbayang kehadiran Din Beramboi.


Din, kau pergi tanpa beri amaran. Habis senyum dan tawa aku kau bawa sekali. Kini aku masih mencari orang yang boleh kembalikan senyum dan ketawa itu. I MISS YOU MY BRO!

Wassalam.
sumber: myMetro


P/S : aper yang pak nil rasakan sama ah macam yang aku rasakan semasa berpisah ngan kawan2 dari matrik.......huhuhuhuhuhu...ubat aku dah hilang...dah tak boleh lagi nak gelak pada waktu petang...dah tak ader saper2 lagi yang nak dijadikan bahan kutukan.. dah tak der ruang dan peluang untuk melepaskan tension...dah takder tempat dan game untuk aku mengeluarkan peluh.....kalau ader pun tak sama dengan kawan2 di sana....Ya ALLAH betapa aku merindui mereka...berikanlah aku dan juga Pak nil kekuatan untuk menghadapi hidup dan tugasan yang diberi tanpa mereka disisi....

Ulasan

  1. aku same...
    rindu sgt99x
    huhuu

    BalasPadam
  2. tiniku...
    kerinduan itu derita
    yang kalau dihirup
    pasti terasa sakitnya hingga ke tulang sum-sum
    namun hasilnya
    kebahagiaan yang
    kalau cuba diterjemah
    akan keringlah air laut di muka bumi ini
    untuk menulis
    betapa bahagianya
    dua insan
    yang telah lama terpisah
    bersua kembali....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

OPTICAL COMBUSTION ENGINE~~~~ A BRIEF INTRODUCTION

1.       INTRODUCTION  Figure  1  : Optical Single Cylinder Engine                 Internal combustion (IC) performance is one of the important aspects in automotive industry. The higher the IC performance, the powerful the engine car to be, therefore cause the higher request between the lovers of high performance cars. However, engineers had faced lots of problem in the way to determine the exact and more accurate performance of IC engine. These problems happen due to lots of factor such as the material that IC engine made of from. The IC engine is made of from all-metal materials and this prevent engineers to gain a detailed insight of the mixing, combustion and emissions formation processes occurred in the cylinder of IC engine. Therefore, the Optical Engine has been introduced as the improvement to the original system. High-speed imaging combined with the optica...

GOOD LUCK MY SISTER ON YOUR SPM

Dear my sister Najihah, I wish you the best for your SPM;s results. Whatever the result is, never lose faith A good results in SPM  as the people said is the good start for a better future but frankly speaking, its NOT a good results will not guarantee a good future because what FUTURE hold for you is still a SECRET that keep by the ALMIGHTY So, dear sister I wanna you to keep your head held high never compare the results with others whatever it is your result especially don't compare it among the siblings every one of us have their own hurdles and destiny and a reminder to you my dear sister you already decide what is your path do not think about what others get try the best what exactly in front of you do the best but keep in mind try to live your life to the fullest STUDY HARD PLAY HARD  and last but not least, remember always I will always support you you may think that I try to get you into something but...

DEMAM RINDU

pukul 2.30 pm : dah tak tahan sangat nak tanggung bebannya badan nie.. terpaksalah mengkuatkan diri ke klinik USM.. credit to miss driver and resultnya nurse : adik, memang panas nie badan.. kenapa tak datang awal2... saya : camner nak datang kalau kenanya tengah malam ( dalam hati : mybe nervous sangat nak ngadap dekan esok kot pasal design ) and suhu badan 37.8 C pergh... dah lama gak tak panas macam tue huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu dan biler im share the story with her she just simply said that " ko demam rindu kott " ummmm... demam rindu takderlah rindu sangat dengan ny UMMI pun and she replied " orang lain kowt" hypothesis dy agak meragukan so tak boleh diguna pakai lansung tapi at the end of the day Im have to agree with her need to admit that im absolutely demam rindu hehehehehehehhe unexpected lansung sebenarnya coz lmbat makan ubat tapi biler jer dah jumpa terus terasa kebah giler demam saya nie hehehehehehehhe..sump...