Ini kisah tentang aku Kisah aku mencari sahabat Lalu kamu, sahabatku hadir dalam hidup Waktu kita bersama Terasa indah sentiasa Dan, kini kita terpisah memburu cita Namun, kisah kita akan terus ada Kisah tentang aku yang merinduimu Kisah tentang aku tercari bayang-bayangmu Kisah tentang aku hampir mati disini Tanpa kamu disisi Aku bagaikan si buta Yang kehilangan tongkat Teraba-raba mencari cahaya Lalu, kisah ini terus berkembang Aku cuba mencari pengganti kamu Tapi aku pasti Kamu, sahabat tiada gantinya Kerana dengan apa cara pun Kaulah yang teristimewa Tapi, kini aku gembira Dengan syukur Aku katakan pada kamu Aku sudah mampu berdiri Tanpa ada kamu di sisi Sudah mampu untuk ketawa Tanpa perlu mengingatkan kenangan lalu Bukan bermakna kisah kita telah tamat Bukan bermakna aku melupakan kamu, sahabat Tapi semuanya kerana Aku telah menjumpai