Tiga orang Peguam dan tiga orang Jurutera sedang dalam perjalanan ke sebuah Konvesyen dengan menaiki keretapi. Setelah tiba di stesen keretapi itu, setiap Peguam tersebut membeli tiket mereka masing-masing. Berlainan pula dengan tiga Jurutera tersebut yang hanya membeli satu tiket sahaja. Kerana hairan bercampur pula dengan sifat semula jadi seorang peguam yang sentiasa ingin mengetahui kebenaran, salah seorang dari Peguam tersebut bertanya : " Kenapa kamu hanya membeli satu tiket sahaja sedangkan kamu bertiga ?" " Diam, perhatikan kami dan kamu semua akan tahu bagaimana " jawab Jurutera tersebut. Kemudian mereka semua menaiki keretapi tersebut. Ketiga-tiga Peguam duduk di kerusi mereka masing-masing. Manakala, kesemua Jurutera tersebut menyorok masuk ke daalam bilik air dan mengunci pintu bilik air tersebut. Apabila Konduktor datang untuk mengutip tiket, dia mengetuk pintu bilik air dan berkata : " Sila berikan tiket anda" Pintu tersebut di