Langkau ke kandungan utama

Catatan

TIKA RESTU IRINGI CINTA

Indahnya jika batas perhubungan dijaga Tak akan pernah kau tahu Tak akan dapat kau bayangkan Indahnya rasa saat kali pertama Sang suami meninggalkan tanda  Nilai kebenaran kau miliknya di dahi mulusmu Manisnya senyuman ayah dan bunda Saat melihat anak manjanya kini Manis berganding bersama sang suami Mengalir air mata bunda Melihat puteri tercinta Tersenyum bahagia di hari penuh barakah Basah dan merah mata ayahanda Puteri yang dijaga kini milik suami tercinta Bahagianya sebuah ikatan suci perkahwinan Saat semuanya berlaku bawah restu keluarga  nukilan ermahida

KENANGAN CINTA SEMALAM

Kenangan cinta semalam Untaian rindu buat dia Memoir kasih buat dia Dia, cinta pertamaku Dia, yang berjaya membuat hatiku berdegup lebih laju Dia, yang sering membuat aku salah tingkah Dia, yang berjaya membuatkan aku senyum sepanjang hari Dia, yang berjaya masuk kedalam hatiku ketika itu Dia, insan pertama yang berjaya membuat aku sentiasa mencari bayangnya Tak aku nafikan namanya masih sgar di dalam hati Tak aku nafikan namanya masih laju terlafaz di mulutkku Kerana taksub dengan cintanya yang tak pernah aku sentuh Buat aku tidak pernah memandang yang lain Segala kenangan bersamanya  Walau sedikit Membuatkan aku kadangkala merintih kesedihan Dimanakah ingin ku luahkan perasaan cintaku ini Dimanakah ingin ku hamburkan segala kasihku Aku juga ingin seperti sahabat yang lain Meluangkan masa bersama yang tersayang Menghabiskan waktu berkasih-kasihan Namun aku tak mampu Kenangan cinta semalam Menahan aku dari melakukan semua itu Y

JEJAKA HEBAT DARI KELANTAN

Aku punya teman Jejaka hebat dari Kelantan Keletah lucu manis senyuman Jejaka hebat dari Kelantan Bukan sekadar manis senyuman Sopan bertingkah rupanya tampan Bukan sekadar manis senyuman Pandai pula melayan teman Memori bersama diingat sepanjang zaman Pandai sungguh melayan teman Bicara manis jadi idaman Itulah dia, jejaka hebat dari Kelantan  nukilan ermahida

KHILAF DALAM NUKILAN

Kadangkala dalam ralit meluah rasa Tanpa sedar dalam nukilan Ada khilaf yang timbul Mujur masih ada yang sudi menegur Pesan seorang sahabat : Jangan selalu dicanang yang buruk Hingga lupa pada yang baik Tak mungkin dalam bertahun kenal Tiada pun kebaikan yang ditabur Maaf buat khilaf yang tidak disedari Terlampau ikut rasa yang menggunung Hingga laju melakar kata yang tak patut Tapi apakan daya Terlajak perahu boleh diundur Terlajak kata padahlah jawabnya Teguran sahabat yang seorang itu Buat aku terpaku seketika Benarlah Dalam sangkaan tiada siapa yang membaca Rupanya ada yang menilai Setiap bait-bait kata Teguran itu harapnya Mendewasakan diri ini Moga di kemudian hari Setiap kata yang dilakar Akan disusun penuh hemah nukilan ermahida

GADIS KAJANG

Aku kenal dia Si gadis kajang yang sederhana Di waktu muda remaja Saat baru kenal dunia Dia jadi teman setia Gadis kajang itu Tubuh molek tinggi terbantut Namun lagak persis sang ratu Mencairkan si hati batu Gadis kajang teman setia Hebat bijak mengatur kata Membakar sumbu untuk berjaya Buat aku semangat sentiasa Gadis kajang sahabat sejati Ukhuwah terjalin anugerah Illahi Kenangan bersama terpahat di hati Aku sayang kamu sampai mati nukilan ermahida

AKU ADALAH AKU

Bila aku berkhayal Itu bererti Hatiku sedang berbicara Dan mata pena lincah menari Mengukir bait-bait kata Yang ingin aku curahkan Bila aku termenung Itu tandanya Akalku sedang bermuhasabah Memikirkan apa silapku Agar aku bias berubah Bila aku bersendiri Itu maksudnya Aku sedang mencari jati diriku Yang telah kacau Dek kehidupan yang lelah Aku adalah aku Kadang aku menyepi Ketika di sekelilingku riuh Kadang mulutku becok berbicara Ketika yang lain tidak tahu Apa yang mahu dibicarakan Namun aku adalah aku Aku lebih suka bersendiri Ketika hatiku kacau Aku ingin sekali ramai Bila hatiku berlagu sepi Kadangkala Aku hanya meluahkan Kekacauan hatiku di atas sekeping kertas Tanpa sedar, bait-bait kata itu Memberi seribu makna padaku Dan tanpa aku sedar, Hatiku tersenyum dan mulutku berbicara Aku adalah aku nukilan ermahida

BALADA CINTA KITA

Aku dan dia Kami dua kutub berbeza Pendapat tak pernah sama Pertelingkahan itu sudah biasa Bagaimana bermula kisah kami Memang sudah takdir ILLAHI Asyik bergaduh berhari hari Akhirnya kami jadi serasi Saat dia mengungkap cinta Aku diam tak terkata Aku tanya apa yang menarik mata Katanya, cinta itu buta Dalam senyum dia berkata Kehadiranku penuh bermakna Aku umpama sang suria Tebar cahaya sinari benua Dengan senyum katanya lagi Keletah lucuku mencuit hati Lagak manjaku menghias hari Dia suka kupandai membawa diri Aku hanya malu sendiri Saat mendengar semua ini Jujur aku akui Sayang untuknya sudah lama dihati Kami telah sepakat kata Bila tiba masa Dia pasti menjemputku, surianya Ke teratak indah kami bersama nukilan ermahida