Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel the crazy of MID

KENANGAN CINTA SEMALAM

Kenangan cinta semalam Untaian rindu buat dia Memoir kasih buat dia Dia, cinta pertamaku Dia, yang berjaya membuat hatiku berdegup lebih laju Dia, yang sering membuat aku salah tingkah Dia, yang berjaya membuatkan aku senyum sepanjang hari Dia, yang berjaya masuk kedalam hatiku ketika itu Dia, insan pertama yang berjaya membuat aku sentiasa mencari bayangnya Tak aku nafikan namanya masih sgar di dalam hati Tak aku nafikan namanya masih laju terlafaz di mulutkku Kerana taksub dengan cintanya yang tak pernah aku sentuh Buat aku tidak pernah memandang yang lain Segala kenangan bersamanya  Walau sedikit Membuatkan aku kadangkala merintih kesedihan Dimanakah ingin ku luahkan perasaan cintaku ini Dimanakah ingin ku hamburkan segala kasihku Aku juga ingin seperti sahabat yang lain Meluangkan masa bersama yang tersayang Menghabiskan waktu berkasih-kasihan Namun aku tak mampu Kenangan cinta semalam Menahan aku dari melakukan semua itu Y

KHILAF DALAM NUKILAN

Kadangkala dalam ralit meluah rasa Tanpa sedar dalam nukilan Ada khilaf yang timbul Mujur masih ada yang sudi menegur Pesan seorang sahabat : Jangan selalu dicanang yang buruk Hingga lupa pada yang baik Tak mungkin dalam bertahun kenal Tiada pun kebaikan yang ditabur Maaf buat khilaf yang tidak disedari Terlampau ikut rasa yang menggunung Hingga laju melakar kata yang tak patut Tapi apakan daya Terlajak perahu boleh diundur Terlajak kata padahlah jawabnya Teguran sahabat yang seorang itu Buat aku terpaku seketika Benarlah Dalam sangkaan tiada siapa yang membaca Rupanya ada yang menilai Setiap bait-bait kata Teguran itu harapnya Mendewasakan diri ini Moga di kemudian hari Setiap kata yang dilakar Akan disusun penuh hemah nukilan ermahida

AKU ADALAH AKU

Bila aku berkhayal Itu bererti Hatiku sedang berbicara Dan mata pena lincah menari Mengukir bait-bait kata Yang ingin aku curahkan Bila aku termenung Itu tandanya Akalku sedang bermuhasabah Memikirkan apa silapku Agar aku bias berubah Bila aku bersendiri Itu maksudnya Aku sedang mencari jati diriku Yang telah kacau Dek kehidupan yang lelah Aku adalah aku Kadang aku menyepi Ketika di sekelilingku riuh Kadang mulutku becok berbicara Ketika yang lain tidak tahu Apa yang mahu dibicarakan Namun aku adalah aku Aku lebih suka bersendiri Ketika hatiku kacau Aku ingin sekali ramai Bila hatiku berlagu sepi Kadangkala Aku hanya meluahkan Kekacauan hatiku di atas sekeping kertas Tanpa sedar, bait-bait kata itu Memberi seribu makna padaku Dan tanpa aku sedar, Hatiku tersenyum dan mulutku berbicara Aku adalah aku nukilan ermahida

JURURAWAT DI HATIKU

Jururawat di hatiku Hanya ada satu Pergilah serata dunia Carilah seluruh benua Jururawat dihatiku, hanya dia Siapa dia jururawat dihatiku Asal dari pantai timur Orangnya baik kaya senyuman Orangnya manis penuh santun bertingkah Gelak tawanya menceriakan hari Keletahnya mereda amarah Lembut katanya memujuk resah Bicaranya pemangkin semangat Itulah dia, jururawat dihatiku Suatu masa dahulu Kami selalu bersama Kesana kesini kami berdua Mencipta memori untuk hari tua Dan kini Aku di utara Dia di selatan Walau jarang bersua Namun rasa sentiasa sama Walau ramai yang aku jumpa Cuma dia dan selalu dia Jururawat di hatiku nukilan ermahida

AKU CARI ARJUNA BETA

Aku cari arjuna beta Biar diri tidak berharta Punya senyum memikat mata Aku cari arjuna beta Biar diri tidak berharta Asal bijak bermadah kata Dengarlah wahai arjuna beta Tiada apa yang aku pinta Cuma setia dan lafaz cinta nukilan ermahida

CIK PUYUH

Cik puyuh dan aku Bibit sengketa titik mula perkenalan Dalam sehari kami serasi Lalu termetrai persahabatan sejati Kisah hidup cik puyuh Penuh warna warni kehidupan Hampir lemas dalam lautan cubaan Tapi cik puyuh tak mudah kalah Cik puyuh yang aku kenal Walau kecil tubuh Namun semangat juang Tinggi menjulang awan Cik puyuh jauh di sana Jangan mudah putus asa Kala lelah menjerut rasa Cari aku, aku sentiasa ada by ermahida

DULU AKU ADA KAWAN

Dulu aku ada kawan Kami asyik nak melawan Ada sahaja bahan Buat aku dan dia berlawan Satu waktu kami berpisah Hati dah mula keluh resah Menghitung hari nak berpisah Tapi dia lansung tak kisah Aku mula tertanya-tanya Siapa aku di hatinya Sahabatkah atau hanya kenalannya Akhirnya, aku hanya berserah pada-NYA Hari demi hari berlalu Hatiku makin pilu Teringat dia diriku haru Lalu aku hanya berteleku Tuhan kalau ini takdirMU Berpisah setelah bertemu Aku redha dengan kehendakMU Mungkin ini yang terbaik buatku nukilan ermahida

SAAT AKU

Saat aku perlukan teman  Kau ada di situ Saat aku perlukan sorang sahabat Kau ada di sisiku Saat aku perlukan bahu untuk aku menangis Kau sudi meminjamkan bahumu padaku Saat aku tak tahan lagi menanggungnya masalah Kau biarkan telingamu menjadi sasaran Saat aku terjatuh Kau ketawa tapi dengan ikhlas kau hulurkan tanganmu Saat aku keseorangan Kau datang menemaniku Saat aku tdak tahu apa yang ingin aku lakukan Kau datang dengan rancanganmu untuk menghiburkan hari-hariku Saat aku tidak betah dengan petangku yang sendu Kau datang mengetuk pintu kamarku Saat aku tiada teman berlawan bicara Kau ada di situ Saat aku buntu menyelesaikan masalah kimia Kau sudi menunjukkan cara Saat aku gembira dengan kejayaanku Kau tulus mengingatkan, jangan pernah leka Saat aku bersedih kerana gagal dalam ujian Kau jadi pemangkin semangatku Saat aku sedang lara Kau hadir menceriakanku Dan

DREAMLAND: BUY TOYOTA FJ CRUISER

dulu2 memang nak sangat beli sportcar tapi bila fikir segala aspek rasa tidaklah unless kalau duit berlebihan sangat dan kalau ada yg baik hati nak bagi saya terima dengan senang hati sebab sudah ada cik betty so for starting, tak adalah nak fikir sangat  untuk beli kereta bila dah start kerja but then, akan start jugak simpan duit nak beli kereta sendiri and my dram car for now TOYOTA FJ CRUISER first tima nampak kereta nie masa nak pergi airport sekat PENANG first time nampak memang falling in love at first sight tak tahu apa orang lain cakap but personally, aku rasa bentuk dia nak menyerupai HUMMER so,nak beli hummer memang jauh lagilah dapat FJ CRUISER nie  pun boleh kira dah besar rahmat dia ada banyak colour antara yg ada hitam putih biru and kuning tap entah kenapa pilihan maybe antara hitam dan kuning dan aku google image tadi aku jumpa yg update version tuk warna kuning memnag stylo habis  hehehehehehehe

DREAMLAND : VISIT TOKYO DISNEYLAND

antara yang teratas dalam list aku nak visit TOKYO DISNEYLAND sorrylah , kalau ada yang cakap apa punya impianlah cubalah teringin nai ziarah MAKKAH ker jawapan aku senang MAKKAH itu bukan tempat yang ada dalam senarai impian aku MAKKAH and MADINAH intu dalam senarai wajib aku  nak bawak parents naik umrah itu bukan impian itu bagi aku satu kewajipan so, tolak tepi balik ke pangal cerita dari kecik sampai sekarang nie aku memang suka gila2 dengan DISNEY WORLD yalah, apa idaknya boleh pulak orang lain layang cerita korea , hollywood aku boleh bukak youtube layan citer2 kartun DISNEY bila aku google pasal tiket price dia  aku dapat tahu sekarang nie harga tiket untuk masuk TOKYO DOSNEYLAND adalah 6,200 yen untuk satu hari dan bila convert ke duit malaysia ikut latest currency adalah lebik kurang RM 200 okay, still affordable bagi aku lebih krang macam nak masuk LEGOLAND jerrr bila google lagi aku jupa pulak tip seor

WELCOME TO MY DREAMLAND

welcome to my dreamland malam ini entah angin apa datang menyapa terasa sangat-sangat nak post about my dreams bukan dreams apa2 pun tapi impian yang akan cuba untuk dilaksanakan insha allah kalau masih diberi kesempatan dan rezki umur dari ALLAH so, izinkanlah tuan nlog nak cerita apa impian tuan punya blog ini yang the latest biasalah impian semua orang berubah-ubah hope u allz enjoy hehehehehe post kali ini memang hanyalah idaman dan akan diusahakan untuk menjadi satu kenyataan... Insha allah...