Ku lari ke hutan
Kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai
Kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Aku mahu bingar…aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai..biar mengaduh sampai gaduh
Aihh..ada malaikat menyulam jaring labah-labah
belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?
sajak ADA APA DENGAN CINTA
memang penuh puitis
dan sarat dengan memori
memori anak kecil yang taksub
mencari apa erti cinta
saat itu sajak ini memang bisa dilafaz sekali nafas
kerana setiap baitnya sudah terakam di ruang minda
setiap nadanya sudah beriang di rongga telinga
itu kisah sepuluh tahun dahulu
kisah anak kecil yang hanya tahu bersuka ria
tak sarat dengan pelbagai fikiran
walau kini bait-bait indah ini
sudah bukan hafalan lagi
tapi perasaanya masih kekal sama
masih terasa lagi saratnya jiwa
saat bait ini satu-satu dilafazkan
memang tisak salah mengundang semula memori lama
tapi jangan sampai lemas dalam kerinduan masa lampau
moga hari ini lebih baik dari semalam
dan moga esok jadi satu rahmat buat semua
adiyos
Ulasan
Catat Ulasan