Langkau ke kandungan utama

PESAN BUAT ADIK





pesan buat adik
hidup di menara gading
bukan seindah yang disangka
jauh khabar dari rupa
sekadar tambahan memolekkan cerita
membakar semangat pejuang cita

pesan buat adik
hidup di menara gading
padat dengan pancaroba
setiap langkah harus teliti
setiap keputusan harus dinilai

pesan buat adik
hidup di menara gading 
penuh ranjau berliku
kadang tawa menghiasi hari
tapi selalu air mata jadi teman setia

pesan buat adik
biar sakit dahulu
nanti senang kemudian
biar diteguk pahitnya kesusahan
nanti manisnya kejayaan jadi penghilang dahaga

pesan buat adik
hidup di menara gading
jangan asyik berlengah 
janji harus ditepati
kerja jangan pernah ditangguh
kerana hidup di menara gading
masa berlalu sepantas kerlipan mata

pesan buat adik
ilmu memang haruslah dituntut
tapi 
teman sejati mesti dicari
kemahiran mesti digali
dan musuh harus dijauhi

pesan buat adik
nikmatilah hidup di menaga gading
sebagaimana layaknya seorang siswi
jangan berlebihan mengejar kejayaan 
takut ditempah tiket ke TANJUNG RAMBUTAN
namun jangan pula terlampau asyik bergembira
takut nanti bekerja di UNITATA
hiduplah bersederhana
nikmatilah sepenuhnya


created by ermahida @ alung
13/9/2012
ENGG. CAMPUS , USM 



Ulasan