Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
teman
di celah masa yang berlalu
di antara rutin padatku
terbit rasa rindu padamu
jauh di lubuk hatiku
aku cuba, teman
untuk melupakanmu
aku cuba
untuk memadamnamamu
cuba untuk melupakan
senyumanmu di mata hatiku
aku padam teman
kenangan yang terukir antara kita
aku pendam teman
perasaan yang pernah wujud
antara kita
namun akhirnya
aku senyum kegagalan
aku meratap hiba
mengalir air mata kerinduan
pada sebuah
kemanisan persahabatan
yang pernah kurasai
mana mungkin bagiku teman
melupakan senyumanmu
mustahil teman
dapat kulupakan
kenangan terindah kita........
buat sahabat2 yang pernah hadir menhiasi hidup ini...buat sahabat2 yang tak pernah jemu berada di sisiku...buat sahabat2 yang sering menghiasi hari2ku dengan keletah yang menghiburkan, dengan senyuman penuh ceria, dengan ketawa yang sering memukau mata, denga tingkah yang sering mencuit rasa.... buat semua dan sesiapa sahaja yang pernag bergelar sahabat buat diri ini...aku sentiasa menghargai dan mengingati kalian....sahabat2ku....
Ulasan
Catat Ulasan