Langkau ke kandungan utama

Catatan

UMMIKU SAYANG

Ummiku sayang Seringkali aku menyakitimu Seringkali aku melukai perasaanmu Seringkali kataku bagai sembilu menghiris hatimu Seringkali aku mengundang amarahmu Namun ketahuilah ummiku sayang Tiap kali hatimu kulukai Seribu kali hati ini terluka rasanya Tiap kali aku menyakitimu Tak terbendung air mataku menahan sakitnya Tiap kali aku meluahkan kata yang melukaimu Tidak terukir betapa kesalnya aku akan kata-kataku itu Tiap kali amarahmu kuhampiri Terasa sakitnya jiwa ini menahan gelodaknya Ummiku sayang Maafkanlah segala salahku Ampunkanlah segala silapku Aku sayang kamu, ummiku sayang nukilan ermahida

BINGKISAN RINDU BUAT AYAH

Ayah Dengarlah Hayatilah Bingkisan rindu dari anakmu yang jauh Kau, ayahku Lelaki yang paling aku sayangi Kau, ayahku Lelaki yang paling aku hormati Kau, ayahku Lelaki yang paling aku kagumi Walau kau bukan seorang pensyarah Walau kau bukan seorang hartawan Mahupun seorang ustaz Kau hanya seorang peniaga pasar malam Jangan pernah kau risau Kerana aku bangga aku adalah anakmu Aku bangga dengan jerih payahmu Membesarkan kami adik-beradik Kau, ayahku Lelaki yang paling aku kagumi Yang kerana kamu Aku belajar erti kegigihan Yang kerana kamu  Aku tahu Erti sebuah kehidupan nukilan ermahida

SEMINGGU INI

seminggu ini seminggu yang meresahkan seminggu yang memeritkan seminggu yang melelahkan seminggu ini seminggu yang mendera perasaan seminggu yang menguji kesabaran seminggu yang menduga kesetiaan seminggu ini  aku mencari bayangan dalam diam aku menyulam harapan  demi sebuah jawapan nukilan ermahida (01102014) DK 6, Egineering campus USM

GAGAL LAGI

Aku pusing sendiri Bila ujian gagal lagi Berteleku aku mencari Apa salah diri Puas aku mencari Apa salah sendiri Akhirnya aku sedari Kenapa ujian gagal lagi Dari awal ku pesan pada diri Belajar awal Jangan telat lagi Namun alpa menguasai diri Natijahnya ujian gagal lagi

CORETAN AWEK SPANAR : A NEW SEMESTER, A NEW ME

sudah masuk tiga minggu aku di USM terchenta nie buat apa, mestiah belajar kan pada siapa yang tak tahu lagi aku ada insha allah, kalau semuanya berjalan lancar dan aku harap sangatlah aku ada masa berbaki dua semester lagi untuk menghabiskan pengajian aku entri kali ini sebenarnya tak tahu nak berkisah tentang apa  tapi sekadar hendak  berkongsi apa yang aku rasa berkongi apa yang aku dapat berkongsi apa yang aku alami  untuk memudahkan tuan punya blog bekisah aku pisahkan kisah aku kepada beberapa bahagian #KISAH PERTAMA masa hari pertama balik dari kampung masuk je kedalam USM terchenta ni aku tak rasa janggal tapi lebih kepada rindu mungkin sebab kali  ini balik dengan penuh ikhlas memang untuk menuntut ilmu (ayat baik kejap) dan lebih tidak rasa janggal bila muka pertama yang aku nampak adalah muka coursemate aku walau dia sudah habis tapi tengah jadi RA (research assistant) dan kebetulan dia berjogging pe...

WHY I'M STILL HERE

a very inspiring quote  somehow, it reminds me of Lord Of The Ring movie at the last scene when they want to attack Mordour  Aragorn said the his people "A day may come when the courages of main fails........But it is not this day" sometimes, i felt to give up every time, i felt that i done but it always a time when i tell to myself I cant give up yet because i never really push myself I cant said that I cant do it anymore because i never tried the best i could That is why Im still here not because of my ego not because of others and absolutely not because  what im afraid people thinking about me it just simply because this was my first love this was my first dream  after i realize the truth about the life and afterall  im still here because i wanna telling myself that I can do it when I really determined and focus

GARIS HALUS ANTARA CINTA DAN BENCI

Bunda yang disayangi seringkali menitipkan pesan kata Bunda : " Jangan terlampau membenci orang, takut nanti terjatuh suka, tergila bayang " kata Bunda waktu itu , tak pernah dipeduli mana mungkin seseorang yang selalu menyakitkan hati akan beraja di hati  tapi kita manusia, selalunya lupa akan kuasaNya  percaturanNya tiada siapa yang tahu dan pesan Bunda itu memang benar ada garis halus antara cinta dan benci garis yang sangat halus yang tidak akan kelihatan di mata kasar garis yang tak bisa dipisahkan oleh akal garis halus yang kadangkala bisa  menukarkan rasa benci jadi sayang  dan rasa sayang bertukar benci acapakali perkataan AKU BENCI KAU terluah laju dari mulut saat hati terasa panas dan BENCI akan perbuatan seseorang dan kadangkala BENCI itu hadir tanpa sebab munasabah BENCI akan kehadirannya  BENCI akan kelakuannya walau tidak pernah dia menganggu  dan tanpa sedar , entah bila perasaan BENC...