aku wanita salju yang misteri hatiku tak pernah tahu erti rindu dan aku paling benci menanti namun kerana hadirnya kamu lelaki hijau yang berbudi mengajarku apa itu rindu membuat aku sabar menanti setiap kehadiranmu dulu hatiku keras umpama keluli tidak pernah goyah dengan kata penuh romantis namun bila hadirnya kamu hati keluliku cair umpama ditempa sahaja lewat gaya santaimu lewat gurauanmu lewat kata-kata manismu acapkali bila kau santai melafazkan rindu hatiku berhenti berdetak nafasku berhenti di kerongkongan dan aku jadi pinar seketika maafkan aku kiranya kamu serius dalam katamu dan aku balas sambil lewa ketahuilah aku wanita salju yang canggung bermadah rindu yang canggung bermadah kasih dan aku lebih canggung lagi bila yang melafazkan rindu adalah kamu lelaki hijau yang berbudi yang mendapat tempat di hati aku, wanita salju nukilan : ermahida