Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

KESAKITAN ATAS PENGKHIANATAN

kesakitan yang kurasakan ini  terlampau sakit rasanya tidak terbendung lagi karna sebuah pengkhianatan dalam suatu perhubungan diukir dengan pelbagai ragam warna manusia akhir zaman persaudaraan atas perkongsian darah ini semakin terlerai ikatannya semakin jauh jaraknya sentiasa dipalit dengan calitan iri hati sentiasa disiram dengan api dendam sentiasa dilempar dengan kisah-kisah bohong mainan mulut yang seringkali menghiris luka pedih dan dalam di sudut ruang bernama hati nukilan penuh puitis : ermahida 11 FEBRUARI 2012

KENAPA HARUS KITA

bila malam kulihat indahnya cahaya bulan gemilangnya sinaran bintang menghiasi dada langit saban waktu tika siang keindahan itu menghilang terlindung di sebalik megahnya sinar sang suria apakah seperti itu jua sayangmu padaku kasih sebentar menyinar kemudian malap kerana egomu, aku tersiksa kerana egoku, aku menderita memendam rasa sesal  yang tak kunjung sudah memendam rasa rindu yang kian membara kenapa, kenapa kerana ego, kita kehilangan semuanya kerana ego, yang ada disisihkan kenapa itu berlaku kenapa harus kita... nukilan : ermahida 16 JUN 2006