Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

UMMIKU SAYANG

Ummiku sayang Seringkali aku menyakitimu Seringkali aku melukai perasaanmu Seringkali kataku bagai sembilu menghiris hatimu Seringkali aku mengundang amarahmu Namun ketahuilah ummiku sayang Tiap kali hatimu kulukai Seribu kali hati ini terluka rasanya Tiap kali aku menyakitimu Tak terbendung air mataku menahan sakitnya Tiap kali aku meluahkan kata yang melukaimu Tidak terukir betapa kesalnya aku akan kata-kataku itu Tiap kali amarahmu kuhampiri Terasa sakitnya jiwa ini menahan gelodaknya Ummiku sayang Maafkanlah segala salahku Ampunkanlah segala silapku Aku sayang kamu, ummiku sayang nukilan ermahida

BINGKISAN RINDU BUAT AYAH

Ayah Dengarlah Hayatilah Bingkisan rindu dari anakmu yang jauh Kau, ayahku Lelaki yang paling aku sayangi Kau, ayahku Lelaki yang paling aku hormati Kau, ayahku Lelaki yang paling aku kagumi Walau kau bukan seorang pensyarah Walau kau bukan seorang hartawan Mahupun seorang ustaz Kau hanya seorang peniaga pasar malam Jangan pernah kau risau Kerana aku bangga aku adalah anakmu Aku bangga dengan jerih payahmu Membesarkan kami adik-beradik Kau, ayahku Lelaki yang paling aku kagumi Yang kerana kamu Aku belajar erti kegigihan Yang kerana kamu  Aku tahu Erti sebuah kehidupan nukilan ermahida

SEMINGGU INI

seminggu ini seminggu yang meresahkan seminggu yang memeritkan seminggu yang melelahkan seminggu ini seminggu yang mendera perasaan seminggu yang menguji kesabaran seminggu yang menduga kesetiaan seminggu ini  aku mencari bayangan dalam diam aku menyulam harapan  demi sebuah jawapan nukilan ermahida (01102014) DK 6, Egineering campus USM