Langkau ke kandungan utama

Catatan

ADAKAH KAU CUKUP BERANI ?

Adakah kau cukup berani? Untuk dibenci oleh semua  Untuk dipulau oleh semua Hanya kerana kau berbeza dari yang lain Adakah kau cukup berani? Untuk dibenci oleh semua Hanya disebabkan pemikiran yang berbeza Walau kau tahu Dan mereka juga mengakui Bahawa kau di pihak yang benar Adakah kau cukup berani? Untuk berseorangan di dalam perjalanan Tanpa ada sesiapa yang menemani Untuk bersendirian di malam sepi Tanpa ada teman di sisi Adakah kau cukup berani? Membiarkan yang lain  Terus memandang sinis padamu Dan kau hanya tersenyum Sambil berserah pada ketentuan Yang Esa Adakah kau cukup berani? Untuk melepaskan dirimu yang dulu Yang penuh dengan daki Jahiliah Yang penuh dengan sifat Mazmumah Dan berubah menjadi kau yang baru Yang mengamalkan ISLAM sepenuhnya Yang menjadikan redha ALLAH impian mutlak Adakah kau cukup berani? nukilan ermahida

LOVE TWEET PT2

aku merenung di dada langit meratap malam cerah disinar rembulan walau tanpa dipagar bintang berjuta cahaya rembulan menyimbah wajah aku termangu sendiri  meratap rindu pada sang kasih betapa mampu kubisikkan rasa ratapan rindu di bawah sinar rembulan

SELAMAT HARI GURU ~~~ TERIMA KASIH GURU

Terima kasih guru Untuk setiap ilmu yang diajar Untuk setiap didikan yang diberi Untuk setiap bait-bait kata yang dikongsi Terima kasih guru Tanpa pernah mengenal jemu Engkau setia dan ligat memberi Segala ilmu untuk dihadam oleh medulla oblongataku Terima kasih guru Dengan rela kutelaah formula-formula Yang hampir membakar cereberumku Terima kasih guru Dengan ikhlas kau mengenakan segala daya yang ada Untuk menggerakkan aku dari keadaan statikku Tanpa jemu kau membekalkan segala tenaga Agar aku dapat bergerak laju Terima kasih guru Kau umpama nucleus Sedaya upaya cuba Mengekalkan electron pada orbitnya Walau banyak penghadang yang menghalang Terima kasih guru untuk segalanya Terima kasih buat setiap insan yang pernah hadir dalam hidup ini sebagai seorang pendidik. Tanpamu guru, tidak lengkaplah diri ini. Bagai sumbangnya lagu tanpa irama. Tanpamu guru, tidak teguh diri ini untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup.  baga

PERSOALAN HATI

Kadangkala dapatku rasakan  Aku sudah tahu jawapannya Ya, jawapan kepada persoalan hatiku ini Jawapan yang telah lama aku cari Namun, aku cuba untuk menafikan Karna aku takut  Takut kalau jawapan itu bukan yang sebenarnya Persoalan hati Siapa yang selama ini aku nanti Siapa yang selama ini menghuni hati Siapa yang selama ini menyimpan kunci untuk masuk kedalam hati ini Dulu, ku kira Dia yang menyimpan kunci ini Membuat aku tidak pernah memandang yang lain Membuat hatiku keras  Yang membuat aku sentiasa tercari bayangnya Sentiasa merindukan kehadirannya Namun, kini aku goyah Persoalan hatiku semakin berselirat Entah siapa kini di dalam hati Entah siapa yang merajai hati Persoalan hati Nampaknya tiada berpenghujung Hati akan terus berteka-teki Biar masa jadi penentu Apa jawapan persoalan hati #ermahida

MOVE ON

move on easy to say, hard to do it's not easy to move on it's difficult, yeah but it's not impossible so, let's try harder let's gather all of the strength let's move on #ermahida

CRYING OUT LOUD

crying out loud on a lonely morning in a deserted room with a broken heart hopefully tomorrow tears would dry and smile would adorn again along with a peaceful sunshine #ermahida

KALAU AKU TAHU

kalau aku tahu begini sakitnya hati terluka tak akan aku hampiri yang namanya cinta kalau aku tahu begini sakitnya hati merindu tak akan aku berikan ruang di hati untuk kamu #ermahida

IKRAR CINTA ~~~ CILOK FROM MY TWEET

kata kau kita tidak pasti apa yang menanti badaikah yang dihadapi atau pelangi menghias hari dan aku mengiyakan lalu kita berjanji bila kita saling mengecapi impian diri rasa itu akan terpatri andai tidak betah menanti kita saling bisa mencari yang lain #ermahida

MISS MID : MUET PREPARATION [LISTENING] ~~~~ PART TWO

continuation from PART ONE translation : kadangkala, anda perlukan peluang kedua kerana masa tidak bersedia lagi buat kali pertama That is why, don't panic. You still have a second chance for listen again the text. Be ready and compose yourself for the second time. Untuk kali kedua ini, anda tahu mana bahagian yang perlu diberikan perhatian dan apa perkataan yang perlu dicari. Cari japan yang masih belum lagi ditemui. Jika ada masa, periksa semula jawapan. Perhatian. Kadangkala apa yang ditanya kemungkinan tiada dalam teks. Terutamanya, pada bahagian soalan yang mempunyai pilihan jawapan.  Sebagai contoh, teks menceritakan tentang bahagian - bahagian dalam enjin kereta seperti; spark, piston dan crank. Tetapi, soalan bertanya antara berikut manakah bukan komponen yang ada dalam sistem penghawa dingin kereta ;                         A - filter                        B - refrigerant                        C - crank See, it's just wanna

PANTUN CINTA ~~ CILOK FROM MY TWEET

berhias tandu daun selasih raja dewata megah berarak kemarau rindu menghakis kasih goyahlah cinta dicumbu jarak pena dilarik mengukir kalam kalam ditulis atas suasa wahai angin sampaikanlah salam salam rindu curahan rasa tumbuh tinggi pohon akasia singgah kelana memahat kenangan pemilik cinta biarlah rahsia silalah tunngu kiriman undangan Tengah menggeledah arkib twitter, terjumpa pantun ini Kalau dikenang balik, terasa lawak dan kelakar. Waktu tu rasanya tengah jakun lagi dengan twitter. Tak sah kalau tak sehari mengtweet.  Tak pasti pantun ini tentang apa dan siapa. Tapi bila check tarikh, macam dekat dengan waktu PADU. So, maybe semangat berpantun tiba-tiba datang berdamping.  Aku rasa mesti waktu tu, follower aku banyak yang muntah hijau. Aku pun sekarang bila baca balik pantun ni, rasa nak hentak kepala kat meja ja. It's so cheesy. 

NO NEWS IS GOOD NEWS

No news is good news.This is the popular saying,you know. This saying means that if we did not hear any news from someone means that they and hopefully they are in a good health/condition.So, we can assume that all is well.  These days, I repeatedly say this in my mind. It's not that I wanna be a busybody one. But, I bet everyone in their right mind, will wanna know what actually happens if they know someone close to them have felt sick. Especially, when the news is told to you personally.  At first, I really try to calm myself. Maybe he did not have an energy to reply my whats-sap or messages. I really try my best to put myself in his shoes. Nevertheless, I think it's been too much. At least, just a word "okay" or "I'm fine" , its enough for me. I don't have high expectation.  So, when I complain about this to my bestie, she just replied with this saying; no news is good news , you know. Yeah, maybe she's right. No news is goo

ITS NOT ALWAYS ABOUT ME

Yeah, its true this is my blog and I'm the only owner but if you really think everything here is about  me you are absolutely wrong bukan semua post menggambarkan apa yang aku rasa atau apa yang aku alami lebih-lebih lagi bila yang  labelnya nukilan syahdu kadang-kadang ianya adalah refleksi  apa yang aku sedang baca apa yang aku sedang tonton dan adalah sesekali tentang apa yang aku rasa sebenarnya dan sebagai peringatan kalau sudah namanya nukilan syahdu ianya mestilah ada kaitan dengan puisi dan sastera dan sifat sastera itu sendiri bukanlah semuanya tersurat pasti ada yang tersirat perlu kefahaman yang tinggi untuk memahami apa yang aku tulis don't be simply taken as what it is Oh yeah dan peringatan juga tak bermaksud if I talked about a guy doen not means that guy is my lover or my kekasih  I have lots of guy friends and every one of them is special to me same goes with my girl friends sebagai c

MISS MID : MUET PREPARATION [LISTENING] ~~~~ PART ONE

This just humble tips that I initially wanna share with my lovely sister and her friends. (for convenience , I will refer my sister and her friends as my students from now and onward). This slides I re share as a reference for them and initially taken from my slides when I did some explanation to them in my class. The tips in the slides were summary for what I had experienced and also from some latest input that I got from the expert. For a record, I'm not a teacher because I don't have any certificate but I just had my experiences as a Band 4 scorer in MUET. In addition, the tips I gathered for my students where most of them did not have a proper English education and I try my best to share tips that easily to understand and follow.  Because I'm afraid that some of my students did not understand the slides, I will try to explain in bilingual for their sake.  I'm pretty sure that most of my students did not watch this kind of drama because I did not get

MISS MID : INTRODUCTION TO MUET

KALI PERTAMA

kali pertama  namanya menjadi halwa telinga terasa dekat dalam jiwa ingin tahu membuah rasa siapa tuan empunya nama kali pertama  saat pintu itu dibuka sesosok tubuh tenang menyapa wajah manis menyapu mata dalam gelisah hari pertama bertukar senyuman menghilang gulana kali pertama  hati tercuit seribu rasa dia bukan seperti biasa ada tenang dan kasih menghuni raga buat dia sungguh istimewa nukilan ermahida

BULAN DAN KITA

kulihat awan tenang di malam bulan purnama tenangnya malam menggocakkan sanubari sinarnya cahaya purnama menggamit rindu betapa aku merinduimu saat itu detik yang akan sentiasa bermain di benak fikiranku dikala kita riang berdebat tentang purnama betapa aku merinduimu nukilan : ermahida 07/09/2006 perkasa