Langkau ke kandungan utama

Catatan

GOOD LUCK MY SISTER ON YOUR SPM

Dear my sister Najihah, I wish you the best for your SPM;s results. Whatever the result is, never lose faith A good results in SPM  as the people said is the good start for a better future but frankly speaking, its NOT a good results will not guarantee a good future because what FUTURE hold for you is still a SECRET that keep by the ALMIGHTY So, dear sister I wanna you to keep your head held high never compare the results with others whatever it is your result especially don't compare it among the siblings every one of us have their own hurdles and destiny and a reminder to you my dear sister you already decide what is your path do not think about what others get try the best what exactly in front of you do the best but keep in mind try to live your life to the fullest STUDY HARD PLAY HARD  and last but not least, remember always I will always support you you may think that I try to get you into something but I wi

SEMPURNA

aku hairan tertanya entah kenapa walau kenal sebentar cuma engkau kelihatan sempurna bagai disulap sahaja aku jadi kelabu mata beribu yang dijumpa hanya engkau kelihatan sempurna jenuh mencari setelah lama jawapan dicari tak aku jumpa kenapa engkau kelihatan sempurna tinggal misteri hati cuma nukilan emahida

RAHSIA HATI

aku punya satu rahsia ingin sekali ku ceritakan pada dunia ingin sekali ku khabarkan pada dia rahsia hati tentang dia tapi rahsia ini aku pendam sendiri kerana aku sendiri tidak pasti apakah sebenanrnya mahu hati kadangkala ada rindu untuk dia  kadangkala ada sayang untuk dia  kadangkala ada risau untuk dia  kadangkala ada peduli untuk dia  saat dia datang menyapa walau cuma bertanya berita walau hanya lewat kata-kata aku rasa dunia seolah aku yang punya bicaranya menghiburkan hati pesan-pesannya jadi azimat diri senyumannya walau hanya dalam memori bisa bikin menceriakan diri aku rindu dia, itu aku pasti aku sayang dia, itu aku pasti aku cinta dia, itu aku tidak pasti adakah dia jodoh hakiki, itu rahsia ILLAHI rahsia hati ini mohon sampai di sini jangan bilang sesiapa ya apalagi pada dia !! ermahida 12.10 am sh2013 lembaran

AKU INGIN LARI

rutin hidup yang makin payah aku lalui penuh lelah kadangkala aku rasa lemah dengan cabarang yang kian susah niat jahat terbit di hati aku ingin sekali lari terasa payah hati dan diri untuk terus berdiri di sini hanya impian penguat rasa disamping restu keluarga tercinta didorong senyum teman setia ku cekalkan hati mencapai jaya kerapkali ku pesan pada diri jangan mahu putus asa lagi harus kuat cekalkan hati menggapai jaya di kendian hari ermahida 11.52 pm SHO2 lembaran

HIKAYAT CINTA ~~~ CINTA MATI MACAM SAMPAH

  Aku :Macam mana korang boleh start couple ni. Kau kenal dia waktu bila Kawan : Baru seminggu yang lepas. Alah waktu aku cakap nak pergi ATM tu. Terlanggar dia. Aku :Macam tu je. Sempat pulak kau dapat nombor dia. Kawan : Biasalah , kata romeo.  Dan entah macam mana, awek kawan aku ni jadi baik dengan aku. Baiknya sampak lepak ke bilik dan tidur dekat bilik aku. Mungkin sebab sifat dia yang manja ni, buat kawan aku tertarik hati dengan dia. Tapi sifat manja dia yang  melampau juga buat kawan aku jadi rimas. Hubungan diorang tak bertahan lama. Tak sampai sebulan diorang clash. Dan yag jadi mangsa adalah aku. Awek kawan : Macam mana ni. Kita sayang sangat lagi dengan dia. Sampai hati dia nak clash macam tu jer. Kita cinta mati dengan dia. Kita tak tahulah macam mana nak bayangkan hidup kita tanpa dia. Sampai hati dia buat kita macam ni. Kita sayang gila kat dia. Aku : -_- (Dan terus mendengar luahan awek kawan ni sampai pukul berapa ent

HIKAYAT CINTA~~~ MY SENIOR'S ROMANCE

#KisahKetiga Junior (J): Macam mana akak boleh kenal dengan hubby akak ni.  Senior (S) : Kisah kitorang sebenarnya macam kelakar nak diceritakan. Banyak sangat belok sana sini. J:Alah, ceritalah kak. Tak kisah kot.  Banyak kot masa yang ada. S:Okay. Akak cerita yang shot version punya. Actually, akak kenal dengan hubby akak nie waktu belajar dekat U. Kitorang sama persatuan Waktu tu akak tangah bercinta dengan orang lain.  Kawan bilik hubby akak nielah. Entah macam mana, dia boleh jadi orang tengah . Bila kitorang bergaduh, dialah jadi tukang refereenya. Dan kebetulan selalu jumpa waktu persatuan, hubby akak nie selalulah jugak jadi tong sampah dengar masalah akak. Then, bila akak putus dengan ex akak waktu tu,  jarang jumpa dengan hubby akak. Lamalah juga lost contact. Nak dijadikan cerita, kitorang berjumpa semula waktu wedding kawan persatuan kitorang. Waktu tu barulah bertukar phone number. Tapi waktu tu akak dah tengah bercinta deng

HIKAYAT CINTA ~~~~ PART 1

#KisahPertama Gadis ; Kawan baik saya tu kan dan bertunang.  Sampai hati dia tak bagitau kat saya.  Aduka : So, tahu dari siapa Gadis : Kawan lain tersembang, dengar jelah. Aduka : So, lepas ni kena extra careful kalau nak lepak dengan dia  Gadis : Kenapa pulak ? Kitorang bukannya buat apa2 pun. Dulu okay jer. Tak kisah pun. Aduka : Dulu lain. Dulu dia tak ada status apapun.  Tapi sekarang,dia dah jadi tunangan orang. Nanti jadi fitnah.  Gadis : Hmmmhhh..   Aduka : Plus, hidup kena fair. Kalau saya tak nak tunang saya nanti  keluar berdua dengan lelaki, tunang dia pun mesti nak benda yang sama juga. #KisahKedua Gadis: Malam ni diorang ajak keluar tengok wayang. Aduka : Nak pergi bila, dah petang kan. Gadis : Entahlah, tengok wayang lewat malam kot. Aduka : Sorang jerlah pempuam. Gadis : Yelah, macam biasa. Aduka : Hmmmhh... Pandai-pandailah fikir. Awak tu perempuan. Gadis : -_-

HIKAYAT CINTA~~~~~ DA INTRO

Sebab kadangkala imaginasi meliar dan minda laju melakarkan hikayat hikayat yang harapnya jadi teladan jadi sempadan Hikayat Cinta bukannya semua yang benar dicilok dari sana-sini dari kisah sendiri kisah sahabat andai Hikayat Cinta satu lagi ruangan khusus untuk berkisah tentang cinta berkongsi manisnya madu cinta berkisah tentang pahitnya hempedu cinta pada mereka yang jadi inspirasi harap agar memaafi kisah kalian dicerita buat sumber inspirasi pada pencinta di luar sana moga Hikayat Cinta jadi memoir indah

AKU RINDU INTESABER

Saat kali pertama Surat tawaran dibuka Jujur aku tak sanggup membaca Apa lagi melihat dimana letaknya Gedung ilmu yang bakal kucinta Saat kali pertama Kaki dijejak di bumi bertuah ini Pepohon nyiur santapan mata Bayu laut menghembus lembut INTERSABER tercinta Walau jauh di ceruk kampung Tidak pernah gagal Melahirkan generasi pemangkin ummah Sungguh, aku rindu INTERSABER Rindu pada tarbiahnya Rindu pada kelembutan pendidiknya Rindu pada persahabatan yang tercipta Rindu segalanya tentang INTERSABER

JIKA RASA ITU PASTI

tipu, kalau aku kata tak rindu tipu. kalau aku kata tak mahu bertemu tipu, kalau jiwa tak bersenandung sendu buat kasih jauh berbatu tapi sudah berkali-kali aku pesan pada diri aku harus tabahkan diri setiap berlalunya hari kerna aku yakin dan pasti jodoh itu rahsianya ILLAHI jika rasa itu pasti kau pasti hadir suatu hari melafaz akad penuh janji menyatukan dua hati takkan terpisah sampai mati ermahida (05112014) 1200

AKU KEKASIH

Aku kekasih yang setia pada pemilik cinta yang pernah memikat mata dengan senyuman bak sinar suria Aku kekasih yang menanti pada yang berlalu pergi  yang pernah menghias hari  dengan lagak menawan hati Aku kekasih yang merindu pada bayang-bayang lalu yang pernah mengusik kalbu dengan melodi penuh rindu ermahida (04112014) 1100

AKU KUPU-KUPU MALAM

aku kupu-kupu malam masa hadapanku kelam dek dirantai kerakusan silam aku kupu-kupu malam terbangku di awal dini mencari kumbang yang sudi aku kupu-kupu malam kisahku dihimpit derita hidupku penuh gelita aku kupu-kupu malam  bukan mahuku begini telah kucuba mengubah diri akhirnya aku kalah pada realiti ermahida (04112014) 1040

UMMIKU SAYANG

Ummiku sayang Seringkali aku menyakitimu Seringkali aku melukai perasaanmu Seringkali kataku bagai sembilu menghiris hatimu Seringkali aku mengundang amarahmu Namun ketahuilah ummiku sayang Tiap kali hatimu kulukai Seribu kali hati ini terluka rasanya Tiap kali aku menyakitimu Tak terbendung air mataku menahan sakitnya Tiap kali aku meluahkan kata yang melukaimu Tidak terukir betapa kesalnya aku akan kata-kataku itu Tiap kali amarahmu kuhampiri Terasa sakitnya jiwa ini menahan gelodaknya Ummiku sayang Maafkanlah segala salahku Ampunkanlah segala silapku Aku sayang kamu, ummiku sayang nukilan ermahida

BINGKISAN RINDU BUAT AYAH

Ayah Dengarlah Hayatilah Bingkisan rindu dari anakmu yang jauh Kau, ayahku Lelaki yang paling aku sayangi Kau, ayahku Lelaki yang paling aku hormati Kau, ayahku Lelaki yang paling aku kagumi Walau kau bukan seorang pensyarah Walau kau bukan seorang hartawan Mahupun seorang ustaz Kau hanya seorang peniaga pasar malam Jangan pernah kau risau Kerana aku bangga aku adalah anakmu Aku bangga dengan jerih payahmu Membesarkan kami adik-beradik Kau, ayahku Lelaki yang paling aku kagumi Yang kerana kamu Aku belajar erti kegigihan Yang kerana kamu  Aku tahu Erti sebuah kehidupan nukilan ermahida

SEMINGGU INI

seminggu ini seminggu yang meresahkan seminggu yang memeritkan seminggu yang melelahkan seminggu ini seminggu yang mendera perasaan seminggu yang menguji kesabaran seminggu yang menduga kesetiaan seminggu ini  aku mencari bayangan dalam diam aku menyulam harapan  demi sebuah jawapan nukilan ermahida (01102014) DK 6, Egineering campus USM

GAGAL LAGI

Aku pusing sendiri Bila ujian gagal lagi Berteleku aku mencari Apa salah diri Puas aku mencari Apa salah sendiri Akhirnya aku sedari Kenapa ujian gagal lagi Dari awal ku pesan pada diri Belajar awal Jangan telat lagi Namun alpa menguasai diri Natijahnya ujian gagal lagi

CORETAN AWEK SPANAR : A NEW SEMESTER, A NEW ME

sudah masuk tiga minggu aku di USM terchenta nie buat apa, mestiah belajar kan pada siapa yang tak tahu lagi aku ada insha allah, kalau semuanya berjalan lancar dan aku harap sangatlah aku ada masa berbaki dua semester lagi untuk menghabiskan pengajian aku entri kali ini sebenarnya tak tahu nak berkisah tentang apa  tapi sekadar hendak  berkongsi apa yang aku rasa berkongi apa yang aku dapat berkongsi apa yang aku alami  untuk memudahkan tuan punya blog bekisah aku pisahkan kisah aku kepada beberapa bahagian #KISAH PERTAMA masa hari pertama balik dari kampung masuk je kedalam USM terchenta ni aku tak rasa janggal tapi lebih kepada rindu mungkin sebab kali  ini balik dengan penuh ikhlas memang untuk menuntut ilmu (ayat baik kejap) dan lebih tidak rasa janggal bila muka pertama yang aku nampak adalah muka coursemate aku walau dia sudah habis tapi tengah jadi RA (research assistant) dan kebetulan dia berjogging petang itu dan aku

WHY I'M STILL HERE

a very inspiring quote  somehow, it reminds me of Lord Of The Ring movie at the last scene when they want to attack Mordour  Aragorn said the his people "A day may come when the courages of main fails........But it is not this day" sometimes, i felt to give up every time, i felt that i done but it always a time when i tell to myself I cant give up yet because i never really push myself I cant said that I cant do it anymore because i never tried the best i could That is why Im still here not because of my ego not because of others and absolutely not because  what im afraid people thinking about me it just simply because this was my first love this was my first dream  after i realize the truth about the life and afterall  im still here because i wanna telling myself that I can do it when I really determined and focus

GARIS HALUS ANTARA CINTA DAN BENCI

Bunda yang disayangi seringkali menitipkan pesan kata Bunda : " Jangan terlampau membenci orang, takut nanti terjatuh suka, tergila bayang " kata Bunda waktu itu , tak pernah dipeduli mana mungkin seseorang yang selalu menyakitkan hati akan beraja di hati  tapi kita manusia, selalunya lupa akan kuasaNya  percaturanNya tiada siapa yang tahu dan pesan Bunda itu memang benar ada garis halus antara cinta dan benci garis yang sangat halus yang tidak akan kelihatan di mata kasar garis yang tak bisa dipisahkan oleh akal garis halus yang kadangkala bisa  menukarkan rasa benci jadi sayang  dan rasa sayang bertukar benci acapakali perkataan AKU BENCI KAU terluah laju dari mulut saat hati terasa panas dan BENCI akan perbuatan seseorang dan kadangkala BENCI itu hadir tanpa sebab munasabah BENCI akan kehadirannya  BENCI akan kelakuannya walau tidak pernah dia menganggu  dan tanpa sedar , entah bila perasaan BENCI yang meluap-luap

SEKUNTUM BUNGA DI TAMAN PENUH KUMBANG

Awal mula kisah Kami berdua di taman penuh kumbang Dua purnama menjelma Tinggal aku, sekuntum bunga di taman penuh kumbang Jadi sekuntum bunga Bukan selalunya senang Kadangkala ada sukar yang datang Menguji kentalnya si bunga Kumbang seringkali jadi teman bermain Kumbang juga jadi dahan pautan Namun bunga perlu sering berwaspada Lumrah kumbang memburu madunya bunga Tapi, bunga sering rasa bertuah Akan adanya kumbang di sisi Kerana adanya mereka, kumbang penuh di taman Bunga rasakan dialah bunga istimewa