Langkau ke kandungan utama

Catatan

AKU ADALAH AKU

Bila aku berkhayal Itu bererti Hatiku sedang berbicara Dan mata pena lincah menari Mengukir bait-bait kata Yang ingin aku curahkan Bila aku termenung Itu tandanya Akalku sedang bermuhasabah Memikirkan apa silapku Agar aku bias berubah Bila aku bersendiri Itu maksudnya Aku sedang mencari jati diriku Yang telah kacau Dek kehidupan yang lelah Aku adalah aku Kadang aku menyepi Ketika di sekelilingku riuh Kadang mulutku becok berbicara Ketika yang lain tidak tahu Apa yang mahu dibicarakan Namun aku adalah aku Aku lebih suka bersendiri Ketika hatiku kacau Aku ingin sekali ramai Bila hatiku berlagu sepi Kadangkala Aku hanya meluahkan Kekacauan hatiku di atas sekeping kertas Tanpa sedar, bait-bait kata itu Memberi seribu makna padaku Dan tanpa aku sedar, Hatiku tersenyum dan mulutku berbicara Aku adalah aku nukilan ermahida

BALADA CINTA KITA

Aku dan dia Kami dua kutub berbeza Pendapat tak pernah sama Pertelingkahan itu sudah biasa Bagaimana bermula kisah kami Memang sudah takdir ILLAHI Asyik bergaduh berhari hari Akhirnya kami jadi serasi Saat dia mengungkap cinta Aku diam tak terkata Aku tanya apa yang menarik mata Katanya, cinta itu buta Dalam senyum dia berkata Kehadiranku penuh bermakna Aku umpama sang suria Tebar cahaya sinari benua Dengan senyum katanya lagi Keletah lucuku mencuit hati Lagak manjaku menghias hari Dia suka kupandai membawa diri Aku hanya malu sendiri Saat mendengar semua ini Jujur aku akui Sayang untuknya sudah lama dihati Kami telah sepakat kata Bila tiba masa Dia pasti menjemputku, surianya Ke teratak indah kami bersama nukilan ermahida

JURURAWAT DI HATIKU

Jururawat di hatiku Hanya ada satu Pergilah serata dunia Carilah seluruh benua Jururawat dihatiku, hanya dia Siapa dia jururawat dihatiku Asal dari pantai timur Orangnya baik kaya senyuman Orangnya manis penuh santun bertingkah Gelak tawanya menceriakan hari Keletahnya mereda amarah Lembut katanya memujuk resah Bicaranya pemangkin semangat Itulah dia, jururawat dihatiku Suatu masa dahulu Kami selalu bersama Kesana kesini kami berdua Mencipta memori untuk hari tua Dan kini Aku di utara Dia di selatan Walau jarang bersua Namun rasa sentiasa sama Walau ramai yang aku jumpa Cuma dia dan selalu dia Jururawat di hatiku nukilan ermahida

AKU CARI ARJUNA BETA

Aku cari arjuna beta Biar diri tidak berharta Punya senyum memikat mata Aku cari arjuna beta Biar diri tidak berharta Asal bijak bermadah kata Dengarlah wahai arjuna beta Tiada apa yang aku pinta Cuma setia dan lafaz cinta nukilan ermahida

CIK PUYUH

Cik puyuh dan aku Bibit sengketa titik mula perkenalan Dalam sehari kami serasi Lalu termetrai persahabatan sejati Kisah hidup cik puyuh Penuh warna warni kehidupan Hampir lemas dalam lautan cubaan Tapi cik puyuh tak mudah kalah Cik puyuh yang aku kenal Walau kecil tubuh Namun semangat juang Tinggi menjulang awan Cik puyuh jauh di sana Jangan mudah putus asa Kala lelah menjerut rasa Cari aku, aku sentiasa ada by ermahida

DULU AKU ADA KAWAN

Dulu aku ada kawan Kami asyik nak melawan Ada sahaja bahan Buat aku dan dia berlawan Satu waktu kami berpisah Hati dah mula keluh resah Menghitung hari nak berpisah Tapi dia lansung tak kisah Aku mula tertanya-tanya Siapa aku di hatinya Sahabatkah atau hanya kenalannya Akhirnya, aku hanya berserah pada-NYA Hari demi hari berlalu Hatiku makin pilu Teringat dia diriku haru Lalu aku hanya berteleku Tuhan kalau ini takdirMU Berpisah setelah bertemu Aku redha dengan kehendakMU Mungkin ini yang terbaik buatku nukilan ermahida

SAAT AKU

Saat aku perlukan teman  Kau ada di situ Saat aku perlukan sorang sahabat Kau ada di sisiku Saat aku perlukan bahu untuk aku menangis Kau sudi meminjamkan bahumu padaku Saat aku tak tahan lagi menanggungnya masalah Kau biarkan telingamu menjadi sasaran Saat aku terjatuh Kau ketawa tapi dengan ikhlas kau hulurkan tanganmu Saat aku keseorangan Kau datang menemaniku Saat aku tdak tahu apa yang ingin aku lakukan Kau datang dengan rancanganmu untuk menghiburkan hari-hariku Saat aku tidak betah dengan petangku yang sendu Kau datang mengetuk pintu kamarku Saat aku tiada teman berlawan bicara Kau ada di situ Saat aku buntu menyelesaikan masalah kimia Kau sudi menunjukkan cara Saat aku gembira dengan kejayaanku Kau tulus mengingatkan, jangan pernah leka Saat aku bersedih kerana gagal dalam ujian Kau jadi pemangkin semangatku Saat aku sedang lara Kau hadir menceriakanku Dan

KISAH AKU, KAMU DAN DIA

Ini kisah tentang aku Kisah aku mencari sahabat Lalu kamu, sahabatku hadir dalam hidup Waktu kita bersama Terasa indah sentiasa Dan, kini kita terpisah memburu cita Namun, kisah kita akan terus ada Kisah tentang aku yang merinduimu Kisah tentang aku tercari bayang-bayangmu Kisah tentang aku hampir mati disini Tanpa kamu disisi Aku bagaikan si buta Yang kehilangan tongkat Teraba-raba mencari cahaya Lalu, kisah ini terus berkembang Aku cuba mencari pengganti kamu Tapi aku pasti Kamu, sahabat tiada gantinya Kerana dengan apa cara pun Kaulah yang teristimewa Tapi, kini aku gembira Dengan syukur Aku katakan pada kamu Aku sudah mampu berdiri Tanpa ada kamu di sisi Sudah mampu untuk ketawa Tanpa perlu mengingatkan kenangan lalu Bukan bermakna kisah kita telah tamat  Bukan bermakna aku melupakan kamu, sahabat Tapi semuanya kerana Aku telah menjumpai 

DIA, BAKAL KHALIFAHKU

Rindu ini Aku tidak pasti ia milik siapa Namun, aku yakin Penghujung rindu ini pasti bertaut Pada si dia, bakal khalifahku Cinta ini Memang tidak pernah aku nyatakan Bukan kerana malu Tapi aku yakin Cintaku pasti akan berlabuh Di pelabuhan cinta Milik si dia, bakal khalifahku Hati ini Sedaya upaya telah kujaga Dari ditakluki dia yang belum tentu milikku Kerana ku mahu menjaga Mekarnya haruman taman hati Buat si dia, bakal khalifahku

DREAMLAND: BUY TOYOTA FJ CRUISER

dulu2 memang nak sangat beli sportcar tapi bila fikir segala aspek rasa tidaklah unless kalau duit berlebihan sangat dan kalau ada yg baik hati nak bagi saya terima dengan senang hati sebab sudah ada cik betty so for starting, tak adalah nak fikir sangat  untuk beli kereta bila dah start kerja but then, akan start jugak simpan duit nak beli kereta sendiri and my dram car for now TOYOTA FJ CRUISER first tima nampak kereta nie masa nak pergi airport sekat PENANG first time nampak memang falling in love at first sight tak tahu apa orang lain cakap but personally, aku rasa bentuk dia nak menyerupai HUMMER so,nak beli hummer memang jauh lagilah dapat FJ CRUISER nie  pun boleh kira dah besar rahmat dia ada banyak colour antara yg ada hitam putih biru and kuning tap entah kenapa pilihan maybe antara hitam dan kuning dan aku google image tadi aku jumpa yg update version tuk warna kuning memnag stylo habis  hehehehehehehe