Langkau ke kandungan utama

Catatan

SAYA SUDAH TUA ?

sejak kebelakangan ini terasa diri sudah semakin tua  segala sindrom2 yang orang tua selalu ada sedang berlaku dalam diri tidur awal, bangun pun awal,  bangun sudahlah sebelum subuh tidur pula jam baru pukul sepuluh dah rasa mengantuk sangat bila diajak keluar rasa dah malas sangat badan nak bergerak dah tak berapa gemar nak ke tempat yang ramai orang macam lagi seronok berkurung dalm bilik nak drive sekarang  punyalah banyak alasan dia siap rajin berjalan kaki lagi ke kelas dan sejak kebelakangan ini juga banyak fikirkan tentang kehidupan apa erti hidup aku apa hala tuju hidup aku see bukankah ini pemikiran orang tua sungguh aku rindu  masa aku tak perlu fikirkan semua ini tapi apa boleh buat kenalah terima kenyataan semakin hari kita semakin dewasa pemikiran pun haruslah selari  dengan penambahan usia

BAHAGIAMU DERITAKU ~~~HAFIZ

Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjadi sahabatmu Siksanya mengakui kau teman biasa Terpaksa ku terima itu hakikatnya Yang pasti aku tak mau lupakan cinta Kau percik api membakar kenangan lama Aku tak tahu menilai cintamu Aku tak mampu pertahankan Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima Semakin ku sakit, semakin kau bahagia Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu Yang pasti aku tak mau lupakan cinta Kau percik api membakar kenangan lama Aku tak tahu menilai cintamu Aku tak mampu pertahankan Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima Semakin ku sakit, semakin kau bahagia Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu Mengapakah aku jadi lemah Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

WELCOME MY JUNIOR

WELCOME MY JUNIOR banner ni cilok dari twitter Republic USM hehehehhehe smart kowt desig dia thumbs up for the creator sempena AHAD nie diprang denga officially akan mendaftar ambik kesempatanlah nak wish good luck untuk junior yang bakal datang niekan hope korang dapat survive dengan suasana USM tue especially for those at KEJUT apa KEJUT nie dont worry  three days more u will know what it is oh ya tak lupak jugak nak wish selamat bertugas pada abang-abang dan kakak-kakak dan yang half PPSL layan adik-adik elok2  jangan pulak korang duk buli dema FOR MY JUNIOR SEE U ALLZ WHEN THE SEMESTER IS OPEN

BUDAK BATCH NAK KAHWIN

setelah lama tak bukak FB and mengusha group THE ZENITH WAAAHHHHHH budak batch aku sudah nak kahwin maaa aduhai.. terjelopok jantung sekejap bila baca jemputan ingatkan kakak or abang dia rupanya tuan punya post jemput ke majlis sendiri waaaahhhh terus muka aku merah dan meremang sekejap rasa tak sangka kowt terasa sudah tua dan bukan budak2 lagi bila sedar kawan batch kat intersaber sudah nak kahwin aku dengan dia memanglah tak sekelas tapi kami agak rapat jugak dulu sebab dia buadak baru dan aku budak baru and ingat jugaklah masa mula2 masuk dulu aku selalu jugak lepak time riadah dengan dia before aku join team memanah so untuk sahabat aku ini  insyaallah kalau 14 SEPTEMBER tue takder paper hal aku akan gagahkan kaki jugak tuk datang mana boleh tak datangkan kawan kahwin kowt sudahlah first person in our ZENITH family yang bakal dirikan masjid TAK SABAR NAK JUMPA DIA AND TAK SABAR NAK GATHER SAMA2 DENGAN KAWAN2

RUMPELSTILTSKIN

Once there was a miller who was poor, but who had a beautiful daughter. One day, the miller had to go and speak to the king, and in order to make himself appear important he said something pleasant to the King. The miller : "I have a daughter who can spin straw into gold." The King : "That is an art which pleases me well, if your daughter is as clever as you say, bring her tomorrow to my palace, and I will put her to the test."      And when the girl was brought to the King, he took her into a room which was quite full of straw, gave her a spinning-wheel and a reel. Then, the King said ,   The King : "Now set to work, and if by tomorrow morning early you have not spun this straw into gold during the night, you must die."      Thereupon, the King locked up the room, and left the girl in it alone. So there sat the poor miller's daughter, and for the life of her could not tell what to do, she had no idea how straw could be spun into gold, a

RINDU KAMPUNG HALAMAN

sungguh aku rindu pada damainya daun nyiur melambai saat kapal berlabuh di pelabuhan sungguh aku rindu pada hamisnya bau ikan saat beca yang dinaiki melalui pelantar sungguh aku rindu pada hiruk pikuknya suasana pekan  saat ku lewati untuk pulang  lambaian nyiur hamisnya bau pelantar riuhnya suasana  membuat aku rindu pada kampung halaman tanjung balai asahan selalu dihati

RIJAL IDAMAN

yang dicari walau bukan putera raja biarlah putera agama yang diimpi biarlah tak punya rupa asal sedap dipandang mata yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani asalkan sihat rohani sempurna hati yang diharap bukan jihad pada semangat asal perjuangannya ada matlamat yang datang tak perlu rijal gemilang kerana ana serikandi dengan silam yang kelam yang dinanti bukan lamaran dengan permata cukuplah akad dan janji setia dan yang akan terjadi andai tak sama kehendak hati ana redha ketetapan illah itulah ketentuan sejak azali

PUJAAN HATI

kalau aku diberi ruang ingin sekali aku luahkan betapa rindunya aku pada kamu, pujaan hatiku ingin sekali aku nyatakan betapa sayangnya aku pada kamu, pujaan hatiku kalau aku diberi peluang akan kupilih untuk bersama kamu, pujaan hatiku kalau aku diberi peluang akan ku pilih untuk selalu  punya waktu bersama kamu hanya kamu, pujaan hatiku duhai pujaan hati  rasa apakah yang menggila di hati asyik sungguh mulut ini  ingin  menyebut nama kamu asyik sungguh mata ini  ingin melihat kamu asyik sungguh telinga ini ingin mendengar suaramu hanya kamu, pujaan hatiku duhai pujaan hati adakah bahgia akan tiba saat kau punya rasa yang sama dan sehingga itu aku cuba untuk setia dan sabar menanti saat kau pujaan hatiku hadir membawa aku bersama kamu ke mahligai indah milik kita berdua ermahida (090713)

VISI DAN MISI JKR

VISI JKR KAMI AKAN MENJADI  PUSAT KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN DAN  INFRASTRUKTUR  DENGAN MENGGUNAKAN KREATIVITI DAN INOVASI MODAL INSAN  SERTA TEKNOLOGI TERKINI MISI JKR KAMI ADALAH JABATAN TEKNIKAL YANG TERUNGGUL DALAM PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR NEGARA KAMI MENYEDIAKAN PELBAGAI BIDANG KEPAKARAN BAGI MEMASTIKAN AMALAN TERBAIK DALAM PERUNDINGAN TEKNIKAL PENGURUSAN PROJEK DAN PENGURUSAN PENYENGGARAAN ASET/KEMUDAHAN KAMI BERUSAHA UNTUK MENYEDIAKAN KUALITI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK KEPADA SEMUA KAKITANGAN KAMI MENGHARGAI SERTA MENGAMALKAN KEUTUSAN DAN KETELUSAN KAMI KOMITED UNTUK BERUSAHA KE ARAH PEMBANGUNAN LESTARI DEMI MANFAAT GENERASI HARI INI DAN AKAN DATANG

MEMOIR PADU 2013 : DARI TRANSKRIAN KE KOTA BHARU

dari transkrian ke kota bharu perjalanan yang ditempuh bukanlah sekejap perjalanan yang ditempuh bukanlah mudah tidak tahu sama ada kami dikira bernasib baik atau tidak kami diletakkan di dalam van jujurnya, agak selesa kerana sedikitnya bilangan yang naik membolehkan aku berlatih sendirian dan mencari ilham membuat pantun persediaan mana tahu kami dapat melepasi pusingan kelayakan cuma agak ralat kerana seorang teammate ditempatkan didalam bas dan bukan bersama kami molek kiranya untuk masa hadapan  kami diletakkan di dalam kenderaan yang sama jadi bolehlah masa yang panjang digunakan sebaiknya untuk lebih mengenali antara satu sama lain untuk lebih mengeratkan lagi keserasian antara kami jujur ada antara kami yang masih malu dan segan antara satu sama lain dari transkrian ke kota bharu perjalanan kami merentas empat negeri pulau pinang-kedah-perak dan akhirnya kelantan dalam perjalanan kami singgah sebentar merehatkan diri menunaikan

PADU 2013 : PANTUN PENGENALAN

 dari utara ke pantai timur  hamba kelana bersama taulan berbalas pantun bukan bertempur  apa yang kurang dicaci jangan diiring restu ayah dan bunda ke negeri kelantan bermadah kiasan berbalas pantun kanda dan dinda berganding bahu menjulang warisan  warga kelantan santunnya mewah elok pekerti manis bicara berbalas pantun menjalin ukhuwan mencapai cita kampus sejahtera

PERKONGSIAN : MENCARI ERTI SEBUAH KESUNYIAN

secebis luahan rasa dari tuan blog  YANGTERINDAH   berkongsi rasa tentang mencari erti sebuah kesunyian : kdang2 terasa diri ini ketinggalan zaman kdang2 terasa diri ini kerdil dek kerana tiada seorang bernama "kekasih" ketika melihat rakan2 yang lain bergelak ketawa.,brgurau senda dgn "cinta hati" pasti sedikit perasaan ingin berkasih turut wujud kdg2 ku cuba membayangkan jika aq begitu alangkan indahnya dunia ada yang bertanya khbar ada yang mengambil berat ada yang mengasihani ada yang mencintai alangkah indahnya!!!! saat itu mula perasaan ingin berkasih berbuak buak.. hahaha... tapi bila ku dduk ,,, ku renung... msih ada tanggungjawab yang lebih besar harus ku pikul ya..tnggungjwab sebagai seorang anak dan tanggungjawab sbgai seorang hambaNYA ku cuba tenangkan hati.. ku cuba redakan perasaan saat ini..ku terfikir mungkin ujian dari illahi saat diriku kini dikeliling oleh rakan2 yang ber"kasih" ku harus kuat...kerana ku pasti bila ku turut sama ber&qu

DI ATAS RUNTUHAN KOTA MELAKA ~~ HAMKA

Di atas runtuhan Melaka lama Penyair termenung seorang diri Ingat Melayu kala jayanya Pusat kebesaran nenek bahari Di atas munggu yang ketinggian Penyair duduk termenung seorang Jauh pandangku ke pantai sana Ombak memecah di atas karang Awan berarak mentilau bernyanyi Murai berkicau bayu merayu Kenang melayang ke alam sunyi Teringat zaman yang lama lalu Sunyi dan sepi, hening dan lingau Melambai sukma melenyai tulang Arwah Hang Tuah rasa menghimbau Menyeru umat tunduk ke Tuhan Di sini dahulu alat kebesaran Adat resam teguh berdiri Duduk semayam Yang Dipertuan Melimpahkan hukum segenap negeri Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah Satria moyang Melayu jati Jaya perkasa, gagah dan mewah ‘Tidak Melayu hilang di bumi’ Di sini dahulu payung terkembang Megah Bendahara Seri Maharaja Bendahara yang cerdik tumpuan dagang Lubuk budi laut bicara Penyair menghadap ke laut lepas Selat Melaka tenang terbentan

MOMENTO TO MY LOVELY BROTHER

and this year  THE BEST LITTLE BROTHER  is belonged to AHMAD MAHDI NASUTION a.k.a IDI ENCEM my brother is so special to me because lots of reason and as his ALUNG i speciall dedicated this entry for him with hope this will be a momento for him in the future coz this entry with hope will showed to him how much his alung LOVED him HE is a GREAT COOK especially with fast food type His signature are telur dadar and also nasi goreng he also loved to try a new recipe that he create by himself compare to my youngest sister, HE have a talent in the kitchen He also loved to help his ALUNG in kitchen especially when he hungry  OH YEAH one more, HE also will be so talkative when he hungry i still can recall my memory to the time when he's been such a loud crybaby everytime, when we're on the way back to home from KL and we arrived at a place called KUALA SELANGOR my little brother will suddenly cried  and tell us that his sto

UNTAIAN KATA TITIPAN RINDU BUAT NENDA

di pagi dini ini saat melayan sepi dalam kamar sendiri hatiku berlagu irama sendu air mata jatuh membasahi pipi lantaran merindui kasih nenda yang kini telah tiada entah mengapa pagi dini ini tangkai hati dijeruk rasa tak pasti kapal kenangan berlayar jauh ke dalam lautan memori  buat nenda yang kini telah tiada kasih nenda itu  telah lama aku rindui senyumannya telah lama tidak aku lihat wajahnya makin hilang dalam memori suaranya sukar sungguh untuk aku ingati kerinduanku pada nenda telah lama tersimpan rapi terkunci kukuh dalam ruang bernama hati semua angkara dendam dan hasad dengki nenda itu kepergiannya tak sempat ku ratapi nenda yang aku rindui kini cucumu menangis sendiri meratapi ketiadaanmu menyesali kealpaan sendiri merindui kenangan manis saat bersama nenda yang aku rindui moga tenang di alam sana hanya doa penghubung kasih buat nenda di alam abadi ermahida (06072013)